Monday, July 1, 2013

Alam remaja

Rasa nak update cerita zaman muda-muda la pula…huahua. Adakah anda mula berasa dirimu tua wahai Ct Zu? Ohh! Hari lahir aku lambat lagi. Makanya, silalah beri aku peluang menikmati bulan-bulan terakhir sebelum tamat usiaku yang ke 24 tahun…wahhaahahaa (dah mula nak merepek)

Okay.. memandangkan tak de gambar zaman sekolah rendah aku (sungguh kesian), jadi aku nak mula dengan sekolah menengah. Aku mula belajar erti berdikari, bersahabat,  mengerti erti kesabaran dan seangkatannya di sekolah ni. Sek. Men. Ugama. Arab Al stiqamah, Badang. PCB. Kelantan..hehehee "Arab" boss. Tapi, tengoklah aku sekarang. Memang tak menjadi!


Sempat ambil kertas PMRU (Penilaian Menengah Rendah Ugama), dan dapatlah 4 A termasuk "nahu sorof" (tatabahasa arab), "Ilmak & Khat", "Tauhid & Feqah" satu lagi aku tak ingat pe..yang lain tu ada B,C & D..tak pandai mana pun. Tapi, masa ni memang aku dok gila nak masuk UIA atau belajar kat tanah Arab..nak jadi peguam Syariah..

masa ni..ada lawatan kat UIA.
Sapa dapat cari saya...seposen untuk dia. hahaa


Tapi, nak jadikan cerita kedua2 parent aku dapat tukar kat Selangor..dan perjalanan dari barat ke timur tu ambil masa dalam 5-8 jam susah pula dorang nak jenguk aku kan? So, ayah aku tukarkan aku kat Selangor. Ingat, dapat lah masuk sekolah agama..hampir sebulan duduk rumah tunggu keputusan dari JAIS, tak jadi apa…so ayah aku masukkan aku kat sekolah biasa aka SMK harian but ambil kelas aliran Arab (special la sikit). Tapi arab aku down gila masa PMR. aku punya BA dpt "D" sedangkan percubaan aku "A". jauh norr turunnyer..hancur luluh hatiku.sobb sobb.... INI mungkin sebab persekitaran..memang aku tak suka!!

Naik form 4, aku kena masuk kelas ERT (sebab sains tak layak huahuahu) tapi, semPat sebulan jer. Aku tukar masuk sekolah Teknik. Asalnya aku minta Pengurusan Makanan (ala2 ERT la kan) tapi terpesong jauh..dapat Kejuruteraan Elektrik&Elektronik kat Kuala Lipis..mak oiii..tempat tinggal warga original man kot..lepas berdiskusi panjang, aku pun pergi dengan harapan akan menjadi juruteknik elektrik memandangkan kaum hawa kurang dalam kerjaya tu..hehehe sungguh poyoss...!!! dushh, amik kau!

kad pelajar aku. Dah buruk..maklum la laminate jer... 
Memang best kat sekolah tu. Masa tu, aku belajar naik kereta api, balik ke Kelantan ramai2 ngan kengkawan, belajar bergaul dengan budak2 dari pelbagai negeri…pepepun yang penting aku dapat pegang perkakas elektrik dan menikmati keindahan bukit bukau sambil belajar…heh

Naik form 5, parent aku kata jauh sangat nak pantau aku (macam la aku ni nakal...sikit jer pun!!). So depa pun transfer aku kat Sek Tek. Teluk Intan. Sekolah pertanian. Huhhh…maka bermulalah era kejatuhan nilaian pelajaranku..elok2 add mate, fizik aku paras2 paha trus merudum bawah tapak kaki daaa..nak tu tak naik2 dok kat situ jer. Meter rosak! Serius, aku menyampah dengan budak kelas aku…kau bayangkan..hanya 6 orang wanita je dalam kelas aku tu. menggeletar badan aku 1st time masuk dalam kelas tu. dah tu, yang wanita2 tu, bukannya semua suka kitakan…tau la kita comel!!! (sakit hati pulak nak baca kan??)  Tension!!

gambar ni sebelum kitorang keluar prepp. berbaju kurung dan berkasut ye...
*bergambar dengan roomate aku..tu pun tak cukup*
"DAHLIA dalam hatiku"  
 
p/s: suka sangat time belajar kat smt KUALA LIPIS, budak voK hensem2 C..hehehe jadi malu pulak saya...J