Tuesday, April 21, 2015

cerita aku bukan kau punya



Assalamualaikum.. para solo semua :) 
Semoga mood anda sentiasa ceria meskipun terpaksa melalui hari² yang menyebalkan terutamanya tika bersama dengan teman..kankankan

Tah apa² lah nak dibebelkan. Ohh..mungkin pasal dah lama duduk kat UPM dan menumpang bilik orang kan.. so, paham jelah yang ku maksudkan dengan sendiri okay…

Aku nak cakap yang aku nak balik rumah. Dah malas nak ulang alik pi libry yang tak ble pinjam buku tu dan malas dah duduk atas katil kecil ni..aku nak tidur katil empuk aku yang cantik dan nak tengok rerama dalam bilikku yang jinak tu….aku nak minum air yang dimasak dan aku nak mandi dengan air yang dah ditapis dari keladak dan karat. Aku nak makan kerepek sambil nonton citer “isteri separuh masa”. Aku nak gaduh dengan si madihah, aku nak gaduh dengan si kecik hanisah dan aku nak gaduh dengan kucing² rumah aku tu…aku nak balikkkk. Dah tak tahan dah nak mengadap keadaan dan suasana kehidupan manusia yang hidup tanpa ada disiplin masa, tanpa kisah pasal kekotoran, manusia yang hidup di alam dia je..manusia yang tak tahu apa² dan kurang alert keadaan sekeliling hanya mengharap orang ketuk baru bergerak…manusia yang suka buat aku tunggu dia bangkit dari lenanya yang panjang tak berpenghujung, manusia yang banyak cakap, manusia yang suka berseronok dan manusia yang menyibuk hal² manusia lain…manusia-manusia-manusia yang diberi akal untuk berfikir yang diberi hati dan perasaan untuk merasai dan menyelami perasaan orang dan yang diberi mulut untuk memohon maaf …okay. Dah abis cerita aku. Sekian dulu… ingat, bukan aku mengeluh tapi nak kasitau apa yang aku lalui sepanjang duduk kat sini. Nak bergerak solo tak boleh, kalau nak bergerak reramai pula macam² plak berlaku. Maklum yang ku bawa yang ku gendung adalah manusia yang lengkap dengan pancaindera tapi tak punya jiwa…

okay..itu saja. bye

Tuesday, April 14, 2015

seminggu di UPM



Selamat pagi para jomblo dan seangkatannya. Semoga baik² sahaja hendaknya hari² yang dilalui. Maklum demam GST belum habis lagi…dan mungkin tak akan kebah pun demam tu…demam kenaikan harga barang àkenaikan kos hidupàdan kenaikan harga hantaran heh!!
Jadi, lebih seminggu dah aku duduk UPM ni. Mai sini nak jumpa SV ku can cantik molek.. budget nak duduk dalam dua minggu tapi nampak gaya kena tambah seminggu lagi…sebab? Rahsia ..kehkehkeh.

So ni nak cerita pasai minggu lepas lani. Alkisah belum pun masuk tiga hari aku duduk UPM ni, dah dapat surat cinta…hebat tak? Bukan surat sebarang surat.. surat datang dari abam PB (polis bantuan).. ceisssss…bedebah punya UPM!! Haaa kan dah kena dengan aku. Kenapa aku je yang kena?? Kau ingat syok sangat ke nak pergi pusat keselamatan tu? Kalau kat kaunter tu ada abam² smart tak pe lah..ini hermm malas aku nak cakap. Hang pi sendirilah tengok.

Nak dijadikan cerita, hari yang sama jugak kereta aku tak boleh hidup pasai semalam pi pasar malam lupa nak katup lampu bawah…ceissss. Hang mamai ka apa ct zu?? Dah bateri habis plak. pusing² pi cari orang sapa yang pandai hidupkan kereta pakai jumper. Emmm..pakat tak pandai. Maklum pompuan. Mana depa reti bab² kereta. Macam hang juga la…dah tu abah mai UPM keesokan harinya. Naik kancil je wehh!! Kesian plak aku tengok. Dah la kereta tak da aircond.. terus bersemangat nak buat tesis biar siap dan perfect 11..!

Dah tu..hari² ku lalui macam biasa. Surat cinta malas aku nak pi bayar lagi.. lantak kau!! Nah masuk minggu kedua aku duduk sini..semalam 13/4/15..nombor tak cantik!! Time nak pi pasar malam lagi, kereta aku terlanggar divider longkang mana tah…!! Habis terseret, lokoh habis cat² … geramnya, aku bawak orang..sebalnya semua tak peka kat situ ada divider...sedihnya aku kena bawak hati yang hancur ni diam² semata nak jaga hati dan berlakon seperti aku tak ambil kisah…dan aku pun dapat reaksi yang menyedihkan la…seolah tiada yang berlaku.

Hari ini, aku malas nak pergi mana²…biar hati tenang. Biarpun ….(emmm tafsir lah sendiri) … harap, perjumpaan dengan Dr hari ini (14/4) dapat meringankan sedikir gusar di hati..aku tak bagitau pun orang tuaku pasal ni… menimbang..perlu atau tidak. Memang salah aku sebab tak ada ilmu pasai kereta, sebabtak berhati-hati..
emm segalanya juga adalah ujian buat aku. setimpal dengan keinginan aku, Allah menurun ujian nak tengok setakat mana ketulusan hati aku untukNya..sedalam mana keikhlasan aku nak bertaubat padaNya, sejauh mana keinginan aku nak mengubah diriku menjadi hamba yang bertaubat dan menjalani hidup yang zuhud.. semoga, segala ujian hati dan fizikal ini dapat menguatkan lagi kedekatan aku padaNya. Aminnnn.

sesuai dengan situasi yang dialami ini..rasanya lagu ni kot yang okay. selamat menikmati semua :) 

Thursday, March 19, 2015

jujur saja



Assalamualaikum …tuk diri sendiri yang lagi jomblo..heh!

Tak ada apa nak diceritakan. Proses penulisan tesis ku juga belum bermula. Lagi tak ada mood nak menulis. Apatah lagi nak karang puisi .. memang jauh sekali ya. Ada mana² pangeran kat luar sana yang baik hati, tolong carikan vaksin untuk penyakit malas aku ni? Heh…mimpi kali!
so..dalam melayan hati yang kurang tenang ni, dua,tiga hari aku dok layan cerita "penyihir cantik" yahh..drama dari indonesia. layan je la beb!

satu lagi kerja yang kurang cerdik aku buat... nih dia.




 dok usha-usha universitas seberang...berangan nak sambung s3 kat sana... tapi tak salahkan kalau pasang niat dan mimpi-mimpi dulu...huhuhu foreigner student la aku kalu jadi :p apa-apapun...siapkan tesis Master dulu yang penting...so lagu yang sesuai tuk situasi ku kali ini ini..ini dia...cocok skali deh!!


#segala lampiran cedok dari google & utube

Tuesday, March 17, 2015

tulisan ku di PENDETA

Alhamdulillah…Setelah banyak kali kena baiki akhirnya Tuhan makbulkan jua doa ku 
Jurnal dah keluar…tesis bila nak siap??



sempat ke aku nak bergraduate ni?

Assalamualaikum…. Untuk diri sendiri

Hari tu sempat balik UPM, nak tunjuk sekali hantar final draf tesis ku. So dari hari Khamis bertukar plak hari Jumaat dan hari tepat pukul 9 pagi ku ketuk² pintu dr ku…nah, Alhamdulillah berjalan lag diskusi kami bertiga (ila fa pun ada sekali). So, aku yang dulu tunjukkan segala hasil kerjaku. Agak tebal dan naik muntah dah aku tengok. Apa² itu jelah harapan ku. Semoga segala berjalan lancar.

Ku cakap kau, siap termimpi² la pi jumpa dr dua tiga hari sebelum tu. Dan hasil nya jeng,jeng,jeng…

“zuhaidah, saya tengok awak punya draf ni dah ok. Lebih baik dari sebelum ni. Ada improvement la. Pendapat tokoh dan pengolahan ok.”

Dia selak kendungan.

“okay, saya teringat yang keratan akhbar awak tunjukkan kat saya hari tu..hasyim awang cakap apa sampai awak timbul idea nak kaji benda ni?”

“oo..bukan hasyim awang dr.. salleh daud dr. dia cakap blab la bla…so konklusinya, ada 4 bermasalah utama lah dalam penulisan buku kanak-kanak antaranya,..tu yang telah saya bincangkan. Kecuali ilustrasi.”

“Kenapa ilustrasi awak tinggalkan? Bukan ke penting ilustrasi untuk kanak²?”

Aku dah tak sedap hati dah…
“ya..penting, tapi saya tidak tahu nak huraikan dan nilai dari segi apa..nak² untuk aplikasi teori..bingung saya”

“okay kalau macam tu..alang² awak dah buat tebal ni..tak pe lah kalau kena buat surat pun..saya tandatangan …saya nak minta awak tambah ilustrasi.. supaya kukuh sikit kajian awak ni..bleh ya?”


“ermmm….”

"smpat lagikan awak buat...?"

so marilah mendoakan kejayaan aku untuk siapkan part baru tu ya...aku target sebulan. dan ni dah masuk seminggu belum ku jamah tesis ku.....beratnya hati ;(

Tuesday, March 10, 2015

salah apanyer?

“Saat terjatuh
terdiam dan membisu
semua kisah yang pernah dirasakan
tak ada yang indah darimu…..”


Assalamualaikum... 
tulisan kat atas tu, kenapa kejam sangat beb??!
hah!!
ada aku kisah ke?

dah tak yah nak merapu. selamat menikmati lagu ni...khas buat para jomblo kayak gue :)