Wednesday, November 30, 2011

Suatu Pesanankah?

malam tadi 
aku bermimpikan ayah chik ku
yang sudah pergi kira 4 tahun yang lalu


dalam mimpi 
aku, adik2 juga umi dan abah berbual-bual mesra dengannya
padahal kami tahu dia sudah pergi...
mulanya aku khairan? lalu ku bertanya.."ayah cik balik?tak pe ker?"
ayah cik cuma angguk dan senyum..


~selang beberapa minit~


ayah cik bersuara..."saja nak mari melawat"~senyum~
aku pun buat2 tak faham dan meneruskan perbualan padahal dalam hati takut


tiba2 aku tersedar..tengok jam..pukul 5 lebih kurang la..tidur baliksebab takut
bila terlelap balik, mimpi tu bersambung kembali...
tapi serius dalam hati aku tak nak mimpi tu lagi ...siap aku nampak muka aku muram n risau dalam mimpi tu biasala mimpi


tapi entah mimpi tu terus bersambung...kami berbual2, bergurau, siap umi n abah suruh ayah cik jaga kami bila mereka nak keluar beli barang...dan aku semacam tak merelakan
tiba2 ayah cik tanya aku " kak long wak gapo adik2 jadi gini?"
aku bingung~
"tak wak gapo eh..sek2 yo tu degil tak dengar cakap..pah melawan jer reti"..aku mengomel.
ayah cik pandang aku..aku terdiam.buntu
"Jago la molek2 adik2 tu...jangan bekeng (garang) sangat. Saye (sayang) la sikit budak2 ni. Jaga umi & abah..." ayah cik ku berpesan. Aku?? Diam. Sebak. Serasa baru tersedar yang ayah cik dah pergi...
Aku pandang ayah cik. Dia pun begitu tetapi manis mukanya. Tiba2 aku terkenang isteri ayah cik.."kalau la dia tahu..."
Ayah cik seperti tahu apa yang aku fikirkan...lalu dia "Tak po ayah cik baik jah.Biar la".




untuk mu ayah cik 
maafkan diri ini 
mungkin siti tak melaksanakan pesanan ayah cik dengan baik
mungkin juga tak cukup keberanian...
doakan  siti menjadi seorang anak dan kakak yang solehah dan bertanggungjawab


doakan siti ya...Dan semoga ayah cik ditempatkan di kalangan orang yang mendapat kebaikanNYA.Amin...

Tuesday, November 29, 2011

T-Max - F1ght Th3 B4d F33l1ng (live perf ver.) [Eng sub]



~saja nak kongsi rahsia aku gembira sebab dengar lagu ni juga~
KIM JUN...Sarangeyo!!!

dush!!amik kau ! gilos kos budak nih??

tentang hari ini



Aaa~

Hari ni hati rasa seronok. Entah? Mungkin tugasan hampir siap (minta2 dah tak de lagi tugasan...nak baca buku~ exam dah dekat) atau pun sebab cuti maal hijrah...Perasaan nak balik rumah tu dah semakin hilang..emm sebab kelmarin umi telefon aku, suruh baca doa akhir tahun dan awal tahun...Aaa~

Rasa lapang~... Oh! mungkin kerja2 melukis dan mewarna aku dah siap??Atau....emm..syuuuut~ rahsia...hahahaha..Tapi hati ada juga rasa penasaran. Macam mana la vid aku. Ada masalah tak ek? Dan ada juga rasa tak keruan...em kenapa jiran sebelah aku ni diam jer sejak balik dari kampung?? Pening ker dik??

Oh ye...petang tadi kak. J masak nasi goreng. Nak bagi nama apa ye nasi goreng tu...em nasi + potato goreng pedas m.cik cafe+ daging (sup daging) --------> digoreng = nasi goreng daging sup bersama ubi kentang pedas....nasi agak lembik sebab aku yang tanak..hehehe!! tapi OK la...KENYANG!!

Monday, November 28, 2011

Yam yam yammy~~

wah malam ni ada hidangan baru...
biji cempedak rebus hasil idea rumit ku...
lemak lagi gebu~

macam dah kembali ke zaman Jepun/ darurat tika makanan sangatlah susah nak dapat. terpaksa makan apa yang ada. hari2 rebus ubi kayu, makan dengan ikan kering (kisah ayah aku masa kecik2)....



biji cempedak




rebus




  =  bijicempedak rebus














terima kasih kepada Roslan (budak arab), sedap sungguh cempedak goreng anda!!
lain kali bagi lagi...hehehe

Sunday, November 27, 2011

~4 u~



~SeLamAT taHUn BaRU~

~AKU RINDU DIA~

Apa khabar kamu di sana?
Harus baik-baik saja ya!


Aku di sini?
Kamu jangan risau. Baik-baik saja. 
Cuma kadang-kadang rasa ini semakin kuat.


Seperti kamu sedang melihat aku dari sana.
Setiap kali ku baca Surah Yasiin...serasa
kamu bersimpuh di hadapanku
mendengar alunan bacaan Yasiin dariku...


Maaf..
jika dulu
kalau aku bekerja keras..pasti kamu dapat melihat kejayaanku
Maaf..


Tinggal beberapa bulan sahaja aku akan melepasi aksara waktu itu...
Sayang..
Kamu sudah pergi
Jika tidak...sudah pasti tangisan sebak mu ku tatap
sudah pasti...sejambak bunga, kamu khaskan untukku
sudah tentu...potret kejayaanku, kamu abadikan dalam album hatimu


Sayang semuanya....Maafkan ku. Pasti semua pesanmu ku ingat...
Maka berbahagialah kamu di sana...






untuk ayah chik ku yang tersayang...moga roh mu bahagia & tenang di sana. Moga juga roh mu ditempatkan bersama2 kalangan orang yang beriman...di syurga kekal abadi...Moga~

Saturday, November 26, 2011

2 kata

Hari itu ku tunggu
hari yang membahagiakan aku
menyenangkan
fikirku setahun tidak bertemu
kamu dan aku
cinta kita semakin membesar 
memenuhi segenap ruang hati
tapi....


KITA BERPISAH!!
dua kata,
ya bukan tiga kata yang selalu kau ucapkan
ku mendengar,  bertahan, lalu...ku sendirian
kau pergi


ku memandangmu
lalu langkahmu terhenti
from google *u*
debar~ apa lagi?


kau menoleh, kembali datang
Tanyakan keadaanku


Ku tersenyum...
Mudah saja bagimu
Kau tak berhak tanyakan hidupku
 

Andai saja cintamu seperti cintaku...

...4 HuRUff...

Assalamualaikum ....wahai buah hatiku,

maaf 
dah lama tak datang melawat....

maaf
sebab terlalu sibuk hal dunia...

maaf 
selalu mengabaikan kamu...
dan tak pernah mengertimu...

Maafkan saya ye!!

Sunday, November 20, 2011

~sepanjang di seminar antarabangsa~

dr. nik safiah...i like your shoes....

 lain yang diambil
yang lain pulak posing lebih2....apa nak buat...huihui

teknik berbingkai!

Wednesday, November 16, 2011

suara jiwa

detik
tak terkejar daku mengekorimu
sesak dadaku menahan hembusan

waktu
meskipun kukejar..kau masih laju
nah! walau sepantas kilat pun tetap tak mampu

masa
ku tahu 
kau adalah berlian
sedang aku kerikir di jalanan
bersinar tika mentari memancar
malap tika rembulan menyapa


Tuesday, November 15, 2011

kerenah oh kerenah

bosan dengan kerenah manusia manusia sekeliling ni...
cakap "dah  ikut la~"
bila aku mula bersuara...dah tak puas hati, tak nak pula terima..
dah tu..hang pa nak apa sebena' nya???
segan nak utarakan pendapat? segan nak bagi arahan??weh...hang tak kesian ke dekat aku..dah ber"helai2" sms aku kasi...semata2 nak pujuk..ajak dengan penuh kasih sayang...tup2 hang pa tu#$@%!!

yang buruk aku jugak
yang jahat aku jugak
yang bengongg aku jugak!!!
ya ya yang nampak gila..gila pangkat aku jugak!!

hang pa ni memang betul2 manusia la!!
nak marah.....ka@$@#!

aku yang bengong ni...hanya layak jadi ku...li hang pa jer eh!


Sunday, November 13, 2011

go Go Go...wondergirl~


gapo gak tengok2 orang??
ila..ila..faa  bulehhh!!

1,2,3 lenggok!!
sem ni baru aku dapat rasa buah moktam UPM.. lazat~~

oh..solat tasbih berjemaah...

sebabkan terlalulah sibuk 2,3 mingguku ini...em lupa pula nak masukkan gambar yang aku ambil ketika solat sunat tasbih berjemaah di masjid kampung aku...masa tu abah jadi imam...
sebenarnya..memang aku tak nak ikut..hehehe..tapi sebab fikir mesti setan yang hasut (tipu) aku pun pergi la..(padahal takut tinggal sorang2 kat rumah oh..man!)...

solat tasbih yang pertama kali aku buat..yah biasalah..malam2 raya kaum hawanya sibuk bungkus2 ketupat, buat rendang...kemas2 rumah..yah lebih kurang begitulah!!( alasan)

sempat jugalah aku snap2 gambar budak2 ni...zoOom.....




yang tak dapat dilupakan...

pagi ni finishing school...aku kumpulan nombor satu...dr sabrina dari biosains(tak silap) sangatlah sporting...
best juga dapat dr serupa dia...tersangatlah seronok (buat2 jer)... tapi seronok2 pun ada yang tak seronok...ceh!!

masa nak kenalkan diri (dalam bi k!) aku dah menggeletar...ye la..lama tak speak BI..yerk!..tu la kan dapat malu...muka macam orang confidence tapi..hampeh!!
ada ka my ambition is malay literature??? hang gila ka apa zuhaidah oiiii...anak sapa lah ni?
dah belajar berapa taun BI, kenalkan diri dalam BI pun dah berpuluh2 kali...boleh cakap cita2 saya sastera melayu!! what the hell you thinking??...tak payah masuk u la!!pi blaja' sekolah rendah balik..memalukan kaum jah eh!!
berrrrr~

dapat malu satu..tup2 jadi penolong penghulu plak tu..berrr~
hang saja kan Dr. Sab??

nasib bagi ce' main anglong, boleh hilang malu ce' itu...!!!

Friday, November 11, 2011

rant on lagu cinta


semalam...teringat nak tengok chanel matlutfi90...wah banyak juga vid dia yang belum aku selongkar...sebenarnya mamat ni glamour tau...tapi entah geng aku tak layan kot vloger2 ni...so siang tadi dalam dewan, aku dok ulang2 nyanyi cicicinta cicicinta kamu siap gaya si mamat ni lagi...reaksi geng aku hampa nak tau??pelik...semua buat muka pelik kat aku...ceh!!


nakcakap jer~
aku pun memang sependapat dengan mamat ni...nak2 lagi berdua bersatu punya lagu...nonsense!!

Thursday, November 10, 2011

seminar~

syok tengok/dengar dr hashim musa bentang fasal bahasa melayu dan halangan/permasalahan dan cara atasi masalah2 yang melanda BM.
banyak juga info yang aku dapat...nak2 tuk sejarah rumpun nanti...




Wednesday, November 9, 2011

bingung

em..entah la..terlalu banyak sangat kerja aku jadi bingung mahu siap kan yang mana...
semester ini memang aku akui, sukar untuk aku ramalkan berapa yang aku dapat skor..sungguh sukar.....


 ya Tuhan,
masih bisakah aku berada di tempat ini lagi?


ya Tuhan 
terkadang aku mahu pergi~
mahu kau ambil saja umur ini...benar2 aku terseksa...sungguh
ada kalanya imanku goyah.maksiat, kejahatan, kotor...jalan itu yang ku pilih...lalu terkandas...
menyesalnya aku ya Tuhan
sungguh kesal


pernah aku bertanya
kalau aku buat itu, apakah bala yang engkau turunkan padaku?
ya..seolah2 aku mencabarMu, 
sombong sungguh hamba Mu ini ya Tuhan...
benar..
aku keliru dengan diri sendiri..
kini pabila mereka melihat aku seorang insan yang taat padaMu
bertapa..aku merasakan......Munafikkah aku Ya Allah?
sungguh itulah yang kurasakan..
baik diluar
sedang jiwa aku memberontak...mencarik2 cinta,dan sayang Mu padaku
merasakan bertapa jauhnya aku tersasar..dan kini lihat!!
satu persatu masalah yang aku hadapi..benar tugasan2 inilah balaMu pada ku
atas segala dosa yang ku lakukan...
 ku cuba hadapi dengan baik..kerna inilah yang aku duga.....
satu pintaku.meskipun berasa diri ini hina, tak tahu malu padaMu...
hanya satu ya Allah...permudahkan segalanya..


sungguh aku mulai tersepit antara kehendak dan takdir...
usah Kau biarkan aku tenggelam dalam dunia sendiri, kabur menuju ke jalanMu
dan...
aku tak mahu tergolong dalam golongan MUNAFIK!


misi separuh berjaya!

yeah!!akhir nya...
bbm multi siap juga...
harap2 dapat tinggi!!

Tuesday, November 8, 2011

hari kenyang sedunia

her~~~
banyaknya mak aku bekalkan makanan tadi...2 pek ketupat segera, 3biji ketupat pulut, kari daging....dan setapau nasi bersama ikan dan ayam...ger~~
ingat budak bilik tak bawa makanan...so..aku tak kesah la..
ai..tuptup...depa pun bawa tapau sendiri...pergh...sapa nak habis kan ni??
banyak makan banyak geuk la aku....


harap2 hujung minggu ni ada orang nak g joging dengan aku...!!


AKU MAU KURUSKAN BADAN!!!

KURUS? DAGING? KURUS...!!

Friday, November 4, 2011

sendiri

~SEMUA SUDAH TIDUR~

AKU
~SENDIRI~
sukar mataku untuk terlelap
argh...mungkin otak terlalu banyak berfikir
ya kerja2 yang perlu disiapkan bingung
harus mula yang mana dulu
~ENTAH~
SELAMAT MALAM PUNGGUK
SELAMAT MALAM AWAM GELAP
SELAMAT MALAM ANGIN SEJUK
~sudah2 la bertiup..badanku menggigil~
SELAMAT MALAM UNGGAS2
SELAMAT MALAM SEMUA!



*MALAM ku = pagi MU*

satu,dua ceritera hati

satu.. keinginku
dua ...adalah kamu
tiga...Sky Bridge
empat... cintaku
lima..?? boleh saya jumpa kamu lima minit lagi?

yang lebih ...
akan timbul kebosanan- berpisah- luka berparut..air mata-all stop!
kan ku ikut sahaja kemana kamu pergi 
kerana ku hanya mahu kamu~kamu~mahu memilikimu
mata itu, matamu itu membuat aku hanya memandangmu
hati itu, hatiku sudah lama menerimamu

ku tunggu~
kau panggil...oh my boy/girl

~no more tomorrow ~

bagi aku..
tidak ada hari esok...
sehingga kau kembali pun
tidak akan ada hari esok...
jangan diminta kembali
kerana setiap hari bagiku adalah semalam

hatiku kosong
senyumku mati
tapi kau bilang aku nampak baik
tak seperti ketika kita bersama...

hari denganmu sudah berlalu
setiap hari bersamamu adalah sampah!

sudah!
simpan saja kata manismu
setiap katamu menyeksaku

cukup!
jangan bilang lagi...
jangan kata masa itu menyembuhkan semua
setelah puas aku memujuk hati
jangan ditambah rasa benci!

bagi aku
tiada lagi hari esok...