Thursday, September 27, 2012

kisah semalam




Termasuk hari ni, dua hari dah aku mata kau berair….huaaaaaa!!! aku nak balik rumah. Aku rindu rumahku yang tak cantik tu. Aku rindu rumahku yang sunyi tu. Aku rindu dengan bebudak yang berlagak sudah besar2 tu. Aku rindu orang tua aku. Aku rindu nenek aku tapi tak berapa sangat la (bertuah punya cucu)…..haaaaaa..menyampahnya. aku call orang tu aku call orang ni. Tapi semua pun tak layanL. Semua sibuk. Kau tahu tadi aku call umi, aku cakap kalau depa semua sibuk, aku nak balik dengan bas. Berani ke tak tu hal kedua yang penting aku balik.. umi pun cepat2 balas, “eh..jangan lah macam tu. Nanti umi call m. ja or ayah pih, tanya dorang free tak. Eh…sabar sabar jangan marah-marah”. Hihihi..cakap lah umi tak bagi naik bas.L

Sudahnya, aku memang tak dapat balik minggu ni.L Makanya, berlakulah adegan sedu-sedan bagai ditinggalkan kekasih. Nak-nak duk sorang-sorang, maunya aku tak “buat”. Tengah syok merembeskan mutiara suci sambil baca Quran (tak leh bla kot). umi call. Hadoi! Potong line la. Umi tanya, kenapa slow je suara? Jangan lah nangis2. Hah! Aku pun apa lagi. Merengek2 nak balik. Sungguh tak malu kan????

Aku masih tak percaya adegen tadi. Badan kembang pun masih nak nangis2 ngan mak lagi…tetiba aku teringat pasal sesuatu yang amat memalukan. Yah! Aku tanpa segan silu menangis depan roommate aku sambil bercakap dengan umi dalam telefon..semuanya gara2 kelas bahasa Arab 2. Tak nak ingat!! Benci!L

Saturday, September 22, 2012

Marilah menuju ke masjid!!!





hari ni, kelas aku tu habis pukul 12.45 tgh. Macam biasa kalau hari jumaat tu, waktu cam gini dah tak de bas. Aku dan yang lain-lain melepak sekejap di bus stop fakulti. Nak jadi ceritakan, fakulti aku ni beberapa meterje  jaraknya dengan masjid. So, dapat lah tengok pemandangan luar biasa. Terus je rasa UPM pun ada ramai juga student lelaki. Kenapa selama ni aku tak perasan ek…??? Sila abaikan!
So, memang sejak dulu lagi aku suka tengok orang pergi masjid. Lagi syok bila tengok dorang jalan ramai-ramai macam nak gi berperang je…yang kasar, yang ganas, si tinggi, si kurus, awak yang pendek, awak bertubuh halus emm..tak kurang yang lembut bersopan santun, terus nampak sama. Sedap je mata memandang. Lagi best kalau yang pakai jubah cam abah. Jalan tunduk tapi selamba.Hah..yang berbaju melayu siap bersampin lagi nampak kemachoannya (sesuka ati je bubuh imbuhan)…apa-apa pun, aku respect la dengan korang-korang tadi. Nampak tak kejakunan ku. Macam tak pernah tengok orang pergi sembahyang Jumaat kan?? Heh….kau apa tahu..masa gini lah nak cuci mata. Mana tahu…hehehehehe…..mulalah tu!!K


Kelebihan berulang alik ke masjid

Daripada  Abu Zar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda “ Sesiapa yang pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam syurga, hidangan dan jamuan setiap kali dia pergi atau balik.

(sumber: Senarai Hadith JAKIM)

CSuka tengok Prof. Hashim tadi. Memang Prof yang terbaik lah!!

Bertukar sudah kelasku





Hari ini, cuma ada satu kelas. Waktu pagi bermula 10 sampailah 1 petang. Sampai- sampai je, kawanku bagitahu, kelas petang dibatalkan. Wow!! Tapi-tapi tugasan akan diberikan. Jangan bermimpi lah Ct Zu nak duduk-duduk seronok dihujung minggu. Sila ubah perangaimu.
Serius, aku masih dalam proses menyesuaikan diri di sekeliling ku ini. Jika dulu, aku terpaksa berkongsi bilikku dengan tiga orang roommate yang lain. Sekarang zaman tu sudah berlalu. Aku ada seorang roommate je sekarang….seorang yang kurang bercakap. Nampak macam pandai…yah! Sains pertanian. Setakat ni aku tengok dia suka makan supliment. Banyak sangat. Tuannya kecik je tapi…okay..okay dia memang menjaga pemakanannya. Nampak macam tak suka berkurung dalam bilik. Asyik-asyik keluar. Aku? Emmm..aku pun apa lagi balas dendam lah bila dia ada dalam bilik, aku tinggalkan dia sorang-sorang. Naik melepak dengan bebudak ni…sapa suruh tinggalkan aku sorang-sorangJ (yang sebenarnya, aku takut duduk sorang)…sudah cukup disini.


D Sampai sekarang aku masih menunggu pelawaan dari roomateku tu, ajak aku nonton TV bersama-samanya. Yang pasti, Astro tak de lah…….em aku pun tak layan.

Thursday, September 20, 2012

zaman MA




Minggu ni, masuk minggu ke 2 aku belajar di UPM.
Aduh..! lupa pula nak ambil gambar kenang-kenangan.
Hari ni, seorang kawan  aku dah pun pulang ke kampung atau mana-mana tempat yang dia nak lepak mentara tunggu hari konvo ni…
Erm..dia bilang sudah tak de hangin nak sambung belajar.L Mau cari kerja. Apa-apapun…aku dan bebudak yang masih tegar  sambung (konon) ni tetap merasa kehilangannya. Ikut sukalah, asal kau bahagia kan Mr. Z…
Dah dapat keje, jangan lupa belanja kami yang sengsara kat sini.C




Oh yaa..semalam aku terpaksa pegang kata2 sorang budak tu. Dia bilang nak belanja kami semua ni…takpa2 aku pegang tu. Orang kata “hidup yang indah bila dapat makan free”.J Kau rasa ?