Meh!! Aku
sambung citer semalam. Maka bermulalah part 2…..
Mak aku
wat don’t know jer..tenang je. Gitu jugak dengan orang yang ada kat situ..terus
baca, baca dan baca ayat-ayat suci tu. Maybe sebab terasa ada orang yang tak
bagi perhatian masa bacaan Yasin tu (yaapp aku lah tu), tetiba je arwah tu
paling belakang dan renung aku. Aku buat-buat tak nampak. Terus mencari laluan
bacaan yang betul. Salah baris, berdosa pula kan? Badan aku terus menggeletar
sampai ke kepala aku lah sejuknya…memang nak bernafas pun alahaiii. Tetiba…aku
tak tahu, macam mana, dan apa yang berlaku sebenarnya I’m not sure..sedar-sedar
je aku kena tengking dengan arwah tu sambil orang ramai pegang jasad dia tu
sebab macam dia nak mai terkam aku.. dan apa yang tak boleh lupa tu kata-kata
arwah tu ermm lebih kurang gini
“dahulu
kau cintakan kebenaran dan mengerjakannya. Tapi sekarang kau mula
meninggalkannya, kerana cintakan yang lainnya”..ayat last aku tak sure. Sebab masa
tu juga tok imam duk tenangkan orang ramai dengan arwah tu sekali. tok imam tu
cakap “itulah, sebab berkat dari doanya hari-hari, jadi ditunjukkannya apa yang
salah”
serius!!.. masa tu TUHAN saja yang tahu, apa yang aku rasa.. bingung, sesak,
takut…then aku tersedar. Terus dalam hati aku merayu-rayu pada Allah, mohon
maaf, ampun…badan aku kaku beberapa saat lepas terjaga, maybe sebab takut sangat kan..dah reda tu aku capai
henset tengok time..serius pukul 4 lebih kot…so, nak cakap apa? Memang dah pasang
niat siang nanti aku nak tengok buku tafsir mimpi…ini perkara serius! Apa maksud
mimpi tu? carilah sendiri k? but, just nak cakap, ianya betul-betul berlaku kat
aku pagi semalam, bukan cerita rekaan semata-masa…bukan ye kengkawan..so have fun
membacanya. Semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar dari mimpi ini. Mungkin ianya
berlaku sebab, kebelakangan ni aku banyak lalai. Dan tahu jelah kalau dah lalai
banyak dosa yang dilakukan tanpa kita sedar…bila dah sampai limit, kenalah bagi
petunjuk. Alhamdulillah, moga aku masih disayangiNya. Korang juga...
story...TAMAT :)



