Monday, April 22, 2013

Cramp..

Hampir tiga minggu tak menulis..otak dah beku.
tangan plak cepat norr nak cramp..baru menaip 1 jam setengah dah keras...haiii yaaa.
tu berangan nak main piano, gitar drumm segala alat pancaragam tu...ada hati tak de jantung!
ct zuuu wake uppp...
wake upppp!!!

sila kembali ke alam nyata. kamu sudah ketinggalan. orang lain siap buat jurnal segala bagai daan U..U uuuu still sleeping beast..Oh apo nak di kato dah...

tengah blurr gini mula nah nak donlod lagu nasyid ala2 nak gi jihad tu...
"Marilahhh beramal...Ber amal kerana Allah..!"
hah..dengar tuuu..buat kerja kerana Allah bukan sebab nak siap cepat jerr... you you you...

sudah..tengkuk aku naik kematu plak...daaa!

 Yeahhh!..i'm not perfect.



Wednesday, April 10, 2013

what, PTD?!


Salam semua…ceii bajet ramai je reader..

It’s ok. Hahaha..cer tengok tajuk kat atas tu..PTD. Apa?....
P= pegawai
T= tadbir
D= diplomatic.

Pendek citer,aku dapat undangan pergi temuduga secara bertulis untuk jawatan ni. 13 april 2013..tak lama lagi kan..dan aku baru jer tahu fasal ni semalam (9.4.13)..jawab kau! Nak buat apa pun tak sempat. Masa study Bacelor dulu. Aku ambil masa nak faham satu subjek (masa study week) tu makan masa 2,3 hari…so ditambah ditolak, bahagi segala bagai…aku buat preparation untuk exam yang berjalan selama dua minggu tu tiga minggu sebelum study week ok (kecuali semester akhir2, sebabnyer banyak tugasan aku buat last2 minit heh J)…so sebulan la, sebelum exam week..hasil gempak tak gempak..depend on rezeki la. Janji aku puas hati. Masa study week, memang tak yah cakap la. Kadang tu siap silence Hp tak kasi orang ganggu..but, FB memanjang kot. bukan takat tu jer….stress bantai segala bagai cerita. Dari korea, jepun (jarang2), Thailand..sampai la Malaysia movie. Biasanya dalam sehari tu, 2,3 movie aku tengok…malamnye jadi burung hantu… esok muka dah macam zombie..apa apapun….sila tinggalkan zaman degree dengan senang hati ek Ct Zu..eh..terus terpesong dah aku ni. Apa kena mengena PTD dengan zaman degree aku pun tak pasti…

Back to basic, dapat tahu je..kepala aku terus set tak nak pergi (amik ujian tu la). Malamnya, aku citer kat my mom..then dia suruh aku ambil. Aku diam je..esoknya, aku try bukak portal SPA 8i tu..baca-baca…terus kurang konfiden dalam diri ni. Mana taknya 4 bahagian, yang tak leh bla…matematik..ohh bulan~ kepala aku dah berkarat, cam ne nak mengira..memang tak la. Petangnya (tadi), mak aku tanya, dah print ke belum angka giliran..aku terus balas..cam gini “ Ct (nama manja aku) dah pikir, ct tak nak gi”. Mak aku balas “tak nak gi? Bakpo pulaknya?”..”aduhhh…umi ni, jangan la paksa. Tak nak ya tak nak la” (guna sore dalam tekak k)…aku terus gi dapur, buat2 muka kelat sikit. Mak aku diam..heh..berjaya.

Memang nampak merugikan. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Tapi bagi aku, kalau setakat pergi, dengan ilmu pengetahuan am yang cetek, dengan tak buat persediaan yang rapi…dah tu, memang rasa tak le nak jawab dengan baik..baik tak payah hadirkan diri, buang duit minyak, tenaga, masa. Memang la akan dapat pengalaman dari temuduga tu, tapi pengalaman boleh dikutip dimana manakan? Dari kawan yang hadir juga boleh kutip..(senangkan hati heh).hope keputusan yang ku buat ni, tak mendatangkan rasa kesal di hari mendatang… 

apa2 pun, aku masih mencari semangat untuk sambung kemaskan proposal aku aka bab 1 dan bab 2…mana kau menghilang hah. Mula nak balik UPM awal ni….

aku dah jatuh cinta dengan MASTER aku ni...so, jangan paksa aku tuk cari ehem ehem atau apa2 saja...no need no need bwekk!!!


Sunday, April 7, 2013

NO TITLE


Serius!
Baru jer tengok ABPH…terrr..aku tak suka part penyampaian hadiah untuk artis komedi..yeuu..pakaian yang si tett pakai tu..what hell! Langsung tak melambangkan orang timur *MELAYU* beragama Islam apatah lagikan?…so sad for her. Kekeliruan identiti. Walau apapun, aku Cuma boleh krtik kat sini jer. Jugde kat sini jer. Tak leh lebih-lebih, nanti kena belasah…dussshhh! Haha

Erm…okay, back to the topic *betul ke BI aku ni?*…dua hari duduk rumah, serius bosan gila. Nak nak time nak bangun pagi (itu masalah kau!)..satu lagi, malas nak bersenam. Sebelum tidur dah niat nak berjoding, but lepas subuh terus bummmm ke ba booomm. Aku anak dara yang pemalas kan?...terrr so esok, start kerja aku..selesaikan borang-borang pembiayaan MyMaster…. PT lagi MyMaster lagi..banyak giler. Hopely aku tak memboros sebarangan…dah ada niat nak gi bercuti guna duit PT ni..heh!!

sudah sudah...aku nak layan lagu ni jap..


Friday, April 5, 2013

Dah midsem, Boss!


Hari ini, hari Jumaat..

Macam biasa, kalau tak keluar cari bahan (kadang2 jer)..hari Jumaat hari yang sesuai untuk aku balik ke kampung. So, setelah menempuh dua, tiga jam perjalanan..aku sampai rumah dengan selamat Alhamdulillah…syukur kepada Allah yang telah memakbulkan doaku memohon perlindungan-Nya. Amin.. dan credit untuk adik aku sebagai driver heh…sungguh aku malas nak bawa kereta *actually aku takut*

So..dah masuk midsem, seminggu tak lama pun. Tapi banyak benda yang harus aku selesaikan…pinjaman, proposal *tak siap2 lagi?*, kena kemas rumah al-maklum..ada yang nak datang melawat *siapakah?* hahaha..yang penting bukan aku watak utamanya… so sad..

So, 2, 3 minggu ni kena balik sokmolah..huhh ottokhe~
Sudah…tak de benda nak cerita…lalala



nak kutuk sikit.. asal CNU B1A4  suka sangat wat sexy dance? kalau kat Malaysia dah lama kena gam.. huh =0 *asap marah* :p