Saturday, January 18, 2014

barangkali



"Dimanakah letaknya nurani?"
"Dimanakah letaknya akal fikir?"

Barangkali mungkin hanya bilaku mati
Kau kan berhenti tuk menyakiti kami!
Tapi sampai kapan ku harus begini
Terus begini

Terus membiarkan 
engkau lukai kami?

puaskah? : wali band

*maka jawablah si ANGKASA BAND dengan lagunya "sampai kapanpun" dan aku pun terus senyum kambing sorang-sorang tengah malam buta ni*


Monday, January 13, 2014

prophet Muhammad's Birthday 12 Rabiul Awal


Esok cuti ya wahai siti zuhaidah!
bahana rujuk kalender omputih. sampai tak ingat bulan ni bulan Rabiul Awal.. bulan kelahiran nabi kita Muhammad s.a.w ..isk isk isk..
kesiankan aku ni...hurmmm

wahai Muhammad
rasul ku, nabi ku
mohon kemaafan atas kekhilafan ini
kerna tak mampu menjadi ummat mu yang baik
selalu mengingatimu di setiap nafas ku..
Aduh ! terasa malu untuk berhadapan dengan mu.

Friday, January 10, 2014

curhat kegemaranku


Aku penggemar mendengar curhat manusia
Dan aku juga suka berlagak sebagai detektif
Merungkai segala simpulan hidup manusia-manusiawi
Sedang aku juga punya permasalahan
Yang entah mengapa tak bias jua ku leraikan
Melainkan dengan semangat dan keyakinan yang barusan kupinjam dari sejarah silam hidupku
Melainkan dengan keizinan Dia yang Berkuasa ke atas jiwa dan raga ini

Tuhanku…
Sesungguhnya hambaMu yang hina ini
Mohon berlindung dengan sifat sempurnaMu
dari hukumanMu dan kemarahanMu
HambaMu yang hina ini
tidak mampu memujiMu meskipun ku berupaya melakukannya..
kerana hambaMu ini sungguh kotor dengan dosa silam.



manusia


Manusia pengkhianat..wahai durjana dunia!
Sampai bila harus berhadapan denganmu?
Adakah sampai kami mati?
baru puas jika begitu ya?
Mungkin kau tidak sedar .. Allah itu Pencipta mu
Mungkin kau lupa .. semua terjadi  itu atas arahanNya,
bukan dengan kuasa kemunafikanmu itu..
sampai sedarnya wahai manusia…

sejarah telah mengajarku erti "kemanusiaan"

Sunday, January 5, 2014

BIMBANG


Bersedia atau belum..?
Entah! Tidak jua ku tahu tentang hati. Kerna keinginanku lain dari fikirku.
Maaf! Mungkin aku lebih selesa begini. Aku juga bimbang insan-insan tersayang. Mereka lebih dari apa yang aku ada. Mereka adalah aku walau barangkali aku bukan siapa pada mereka. Itu tidak mengapa. Pilihan itu yang ku pilih.
Perasaan takut mati tanpa amal lebih ku bimbangi dari rasa kesunyian hati tanpa insan pendamping. Itu tak mengapa. Sudah ku pilih begitu.
Perasaan takut meninggalkan kalian itu lebih ku geruni berbanding mencari pasangan hidup. Itu tak mengapa kerana itulah itu yang ku mahu. Bukan melawan perintah tapi belum mampu belum bersedia. Harap memahami.

-Feel weird when talking to strangers-

Kejutkan aku


TUHANku jangan ambil dulu nyawaku
sebelum aku dekat denganMu
aku jua tidak betah lama di sini
tapi ku takut tak mampu ke syurgaMu
kerna dosaku masih dan makin menggunung..

TUHANku bangunkan aku dari peraduanku
Pimpinlah tanganku walau masih berdebu dosa
Bawaku ke sumur ImanMu untuk bersuci
Selimutlah tubuhku dengan ayat-ayat kudusMu
Agar aku tidak kedinginan dalam lembah maksiat duniaMu
Agar aku tidak mati bersama-sama dosa ini..

Thursday, January 2, 2014

My ITB (Impian Tahun Baru)


Dua tiga hari berlalu
Masalah dan kenangan masam masam manis di Kelantan  masih terpalit..entah bila nak tanggal.
Bosan dan bisu.
Diam dan damai.
Pekak dan peluk. Itunya diimpikan buat masa sekarang. (pelukan ibu aku harap maklum)
Sepi dalam jiwa. Otak sedikit bercelaru. Segala hal-hal perasaan makin gersang. Entah la. Apa yang aku merepek pun belum jua ku pasti J
Satu yang pasti…dua tiga hari …perasaan mati sering menghantui. Ya… aku mahu mati dalam keadaan bersih dan suci. Diingati kerana jasa dan bakti. Bukan kerana perlakuan dan bangga diri. Dapatkah ?


Setiap orang punya hati dan keinginan diri. aku juga begitu...