Tuesday, October 30, 2012

biar menjadi persahabatan


Alhamdulillah..
Segalanya baik-baik sahaja.
Awal pagi ku mulakan dengan laptop terbuka
Ku lihat mesej box ku.
Mujur dan syukur,
Ku panjatkan…aduh
Buat aku gila sebentar. 
Kalaulah dia tahu keadaan aku, kegilaanku..
Entah, tak dapat dibayangkan…
dan kami terus balas membalas
Masing-masing punya cerita
Mujur juga, aku suka menulis karangan
Tambah dengan kegilaan ku
Moga, semua ini tetap seronok
Moga tiada rasa hambar antara kita
Perkenalan ku mulakan biar menjadi
persahabatan penuh erti buatmu

Amin ya Rabb, Ya Rahman ya Rahim..

salam perkenalan ku hulurkan



Baru je tadi aku hantar mesej. Hope esok, terjawab soalan aku tu..hurm..sebenarnya, dah dua, tiga hari nak hantar salam perkenalan…tapi keberanian ku sangat kurang..he he he.. sekarang, lepas dah semuanya, tinggal redha je apa nak jadi lepas ni…

Ya Allah terima kasih
Kau pinjamkan aku 
kekuatanMu
keberanianMu

Moga segalanya baik saja…Amin


aku nak buktikan yang kata2 aku bukan tin kosong..
perlakuanku bukan angan-angan belaka...







namun...
            segala terserah 
                        pada yang Maha Esa.

Monday, October 29, 2012

ok ke tak ni?



Aku gila nak main biola weh!
Entah. Nak mati dah kot aku ni. Nak bukan-bukan.
Maka..sila insafkan diri anda wahai Ct Zu…

Sunday, October 28, 2012

aku yang kosong



Satu hal yang membuat aku sangat terkilan sampai sekarang ialah kelemahan aku untuk mengenali apatah lagi mengingat nama2 tokoh sastera di Malaysia ni…itu yang buat aku malu untuk berhadapan dengan orang2 di DBP, di seminar2 yang aku hadir, dan tempat2 diskusi…memang aku punya masalah untuk mengingati nama,  bidang2 mereka..nak nak penulis/penyair di Malaysia. Kadang aku fikir, layakkan aku di kenali sebagai pelajar SASTERA MELAYU? Dan sekarang aku sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Masterku…layakkah aku dikenali sebagai pelajar MA Sastera Melayu sedang aku tidak pernah mengambil tahu hal2 berkait dengan dunia/ bidang aku sendiri…

aku hayut dalam dunia ciptaan aku sendiri…sebab tu, aku tak pernah nak mengimpikan sebuah jawatan bernama “pensyarah sastera”. Aku tahu, aku tak layak meskipun menggunung tinggi pointer yang aku kutip…aku masih belum layak menjadi “warga” sastera andai aku masih belum mahu mengubah diriku sendiri….

Dan semua yang aku rasa, tak pernah diambil peduli oleh mereka…keluargaku sendiri. Kini aku, belayar sendiri..seorang diri menelan pahit manis kehidupan seorang pelayar sastera yang kosong…

Saturday, October 27, 2012

petang ku di SpaTra



Petang semalam sebelum asar, aku, umi (ibuku), my makcik and my pakcik meluncur laju ke Ayer Tawar (aku agak jer)..kami ke spatra (spa tradisional a.k.a rumah urut cara kampung)..
Pak cik aku nak mengurut. Sakit urat bawa motor…al maklum posman katakan a..hu hu hu… so, lama2 aku duduk kat rumah tu magrib pun tiba. Bila dah magrib, haripun gela, dan aku mula gelisah cari-cari, tercari-cari suis lampu…dan akhirnya aku surrender
Lalu aku mula bertanya pada wak Jem (tukang urut tu).lebih kurang macam ginilah perbualan kami:

aku      : wak, nak bukak lampu boleh?
W.J      : hah, bukak lampu? Nak buat apa?
Aku terdiam. Otakku ligat menyusun kata. Dalam hati bermonolog “eh orang tua ni, tak reti gelap ke?”
Aku     : saya nak bukak lampu. Gelap dah ni wak. Tak nampak dah wak ni?
Wak    : kau nak bukak lampu buat apa? Rosak lah lampu aku.
Aku jadi bingung. Umi, mak cikku dan pakcikku yang sedang mengerang sakit gelak besar. Aku? Makin bingung.
Wak    : kuat kau nak bukak lampu tu? Hebat! aku pun tak kuat. Kau nak bukak atau pasang?
Oh…aku pun gelak. Dalam hati “cis orang tua ni, loyer buruk plak dengan aku”.
Aku     : Tak wak, saya nak pasang lampu. Dah gelap ni…
Wak pun bangun, dan pasangkan lampu untuk kami.
Aku     : hah!! Baru Nampak muka wak dengan ayah pih!! Hahaha aku gelak besar. Saja nak sakitkan hati wak tu….

            Sekian saja kisah di SpaTra

OKB dinner



So…apa tu OKB macam yang tertulis di tajuk tu?

OKB singkatan bagi “Orang Kaya Baru”…Hua hua untung la. Eh cayake?? Aku tipu je..
OKB ialah Orang Kota Bharu, yakni satu persatuan yang ditubuhkan untuk mereka2 yang lahir di sekitar Kota Bharu (salah sebuah daerah), Kelantan.. aku pun tak tahu sangat bila ditubuhkan persatuan ini. Tapi tak silap aku, ini kali pertama persatuan Orang Kota Bharu meraikan warga siswa (rasa nya lah kan).dan ni kali pertamalah ia diadakan di Uni aku…he he he Universiti Paling Maju (UPM)…suka hati akulah nak kasi nama apa pun….C

Sebelum ni aku dah mention bahawa aku bukanlah anak jati Kelantan tapi sebab dalam surat beranak tu dah termaktub yang aku lahir di Kota Bharu…so sila terima. Sebab apa aku cakap macam tu? Ha haaa, kau tau masa aku ikut dinner tu ramai rakan kelas aku yang majoritinya orang Kelantan mempertikaikan kehadiran ku…cisss. Kau!

Peduli apa aku, asalkan aku dapat makan free hua hua huaaa…aku suka aku suka..oh ya zana budak ganu dan ila faa si perak man tu pun ikut serta..kau nak cakap apa hah?? Apa2 pun walaupun dinner ini bagi meraikan warga2 Kota Bharu, tapi pihak penganjur juga menyambut baik kehadiran warga lain..i mean mereka2 yang bukan asalnya dari Kota Bharu macam dari Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan dan dan…apa yang penting  dorang pun sambut orang luar dari Kelantan….for example zana n ila faa tu…nah aku malas nak ulis dah…sapa nak layan tengok gambar..jom!!! sapa tak nak 
sila shut down your laptop! 

ila tengah tengok free gift yang diberi. ada 2 buah majalah fesyen (sesuai dgn jiwa wanita), novel (Ohh!!please deh!), air mineral, dan macam2 lagi lah.. 



hah ni novel zana...aku?? tak yah lah..bukan aku minat pun novel2 ni.. 

bergegar sudah illahnya  


dinner time ...

meh2 ! nasi kerabu ada, nasi dagang ada, pizza ada, royal murtabak pun ada!!! 



 haa..ni napa plak?? kan dah cakap sambal lada tu pedas..yang makan banyak2 tu kenapa??? dah nangis sorang2..hua hua hua


...sekian saja dari hamba...



Thursday, October 25, 2012

tidak tahu



everything was mess here..
i dont know how..

can someone help me?

Ya Allah
hambaMu ini
terlalu besar salahnya
terlalu gelap hati
terlalu berat dosa
Ya Jabbar
kuatkan hatiku
tuk menempuh segalanya
walau sulit manapun
bantulah aku
hambaMu yang lemah
ya Qadir

story-mory ku



Selamat hari raya korban semuanya!!


Aku dah melepasi tahap tu..
now aku nak cuba berborak2..
sembang2…
cakap2…
agak boleh kah??

Tuesday, October 23, 2012

aku kena TINDIH??




Akhirnya..ujianku berjaya..Adda dah lepas
Tapi aku tersangat jeles….hurm.
Masih tak cukup keberanian…
still lagi tak cukup
argh..kenapa saat ni aku harus focus pada sorotan yang entah berantah tu???
Why??


hah, cik zana belanja makan maggi campur telur. okay la...sambil borak kosong...dan kami ada cerita tersendiri.....
Malam ni, aku tidur bilik adda simpre. Takut. Semalam kena tindih..hu hu hu..tak percaya dengan kejadian semalam…huaaaa

it's sunny day




Hari ini…
Pagi lagi dah keluar pergi WisataMinda…Alahai sorotan-sorotan…
aku terserempak ustaz..macam buzy jer. emmm agak gemuk sekarang..Okay la tu!



nak masukkan gambar...ah!nanti-nanti saja..

najwa latif dengan aku..apa kena mengenanya?



Sebab aku sunyi lagi bosan…em, mengantuk pun ada juga..hah, tengah cari idea tuk sorotan pun ada. Sambil dengar lagu2 yang berputar dicorong headfon aku ni, satu suara yang biasa didengar..satu lagu yang dah berkali2 berputar..satu lagu yang membuat aku tetiba je berhenti menaip assignment aku ni..

dan membuatkan tangan aku terus je nak search lirik lagu ni…walau santai tapi..tetiba je aku rasa lirik ni kena dengan keadaan aku sekarang..wow orang putih cakap amazing! Chemistry song! (aku tambah je)….

Apa yang merepek ni?

Meh kita layan…



Najwa latif   “ I love U”
      
Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,
Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia
Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you


alahai nasib mak malang sudah berubah





Aku nak berkenalan dengannya…

dah tu?

Tapi malu…

sejak bila pulak malu2 ni? Menyampah punya statement!

Hari2 buka FB dia ….

pe hal dengan kau ni?

Tengok benda yang sama. Dalam hati aku “budak ni tak bukak FB ke?”…

dah tahu nak buat lagi.

Itu la tuh. Senget dah kot otak aku ni….

bukan ke kau memang dah senget?

Hadoi…

suka hati kau lah!

Hari ni aku tahu…dia suka Aron Aziz. Ala tak sama la plakL….

kau memang la, kalau artis Melayu tolak tepi. Ada apa dengan artis Korea hah tu??

Suka hati aku lah!!J


Tetiba teringat sorotan aku yang belum siap tu. Hah lupa nak kasi tahu..lepas pergi library tadi, aku patah balik ke fakulti aku…masuk Wisata Minda (mini library tu)..aku Nampak joko (bukan nama sebenar) depan kaunter. Tetiba aku jadi wanita berlagak ala2 sombong. Pakcik Wisata mcm nak tegur terus tak jadi…he he he.
To joko: don’t know why I tetiba miss u minggu lepas….

pulak dah.

Monday, October 22, 2012

alahai nasib mak malang




pagi ni redup je...hujan macam malu nak turut..dan aku punya kisah tersendiri...........Zasss!!Layan kau sampai tertidur...he he heh

Aku lupa bawa kunci selepas mengunci pintu…haaaiyoo..
Biasalah bila usia menjangkau hari2 tua ni, semuanya lupa..entah apa yang aku fikir sampai tak bawa kunci. Pintu tak lupa plak nak dikunci…haishh pagi2 dah menyusahkan orang. Asdah..thanks ya!! Jasa mu kan ku kenang..
So..lepas je hantar kunci dekat pejabat kolej tadi…aku terus je ke library Abdul Samad tu…macam biasa, kalau nak buat mauk beg berisi laptop, pengawai kena buat check-up. Aigoo. Sekali lagi nasibku malang, pengawai tak lepaskan aku masuk. Kenapa? Sila baca perbualan kami dibawah ini (lebih kurang gini la dialognya)

Pengawai: bukak beg nak check. Ada bawak barang lain tak?
Aku: tak de. Buku je (sambil buka beg dengan selamba dan penuh yakin)
Pegawai: ya?
Aku: em…
Pegawai: ni roti ni?? Makanan tak boleh bawa masuk library dik.
Aku: hah?? Eh ?? la lupa nak makan tadi (dengan muka tak bersalah).
Pegawai: roti ni kena tinggalkan kat loker??
Aku: selamat ker?? Emm..baik saya makan je kat luar.. (sambil tutup beg)
Pegawai: oo..tak pe jugak. Kang lapa plak tak makan.
Aku: senget dan beredar dengan cepat2…malu sih!!

Begitulah ceritanya..itu sebelum masuk library. Nak ni kisahnya waktu dah masuk library…
Aku masuk, sama naik dengan pegawai2 bertugas susun buku. Macam biasa, aku terus saja ke rak buku bebahan sastera Melayu..aku tak minat cari dalam opac. Cara manual lagi mudah kot..!! so, bila dah manual, satu2 buku aku tilik, baca, letak balik. Tilik, baca, letak balik. Agaknya sebab terlalu lama aku membaca kat rak tu, adalah abang tu..i mean pegawai ps la, tegur..

“dik baca dekat meja dik. Tak leh kat sini. Pergi baca kat meja ya dik…”

Hadoi..kena lagi aku. Bukan aku malas nak ke meja yang selang 2,3 langkah dengan tempat aku berdiri tu…tapi sebab aku belum jumpa buku yang aku nak, kena dengan jiwa aku (poyo kau jah!!) ..so?nak baca apa kat meja tu…akhirnya dengan paksanya, aku mengambil beberapa buah buku yang berhampiran dengan aku tu..duduk meja sebelah dengan rak tu. Berlakon khusyuk membaca. Buat2 menulis. Tu je lah kau reti ct Zu….


Sunday, October 21, 2012

kekesalan ku








Macam biasa
Hari-hari fasal aku…
Hari-hari fasal bilik aku…
Hari-hari, selalu-selalu macam tu lah…

(hanya mukaddimah)

Baru je belek-belek FB aku, beberapa minit baru berlalu.
Dan rasa terkejutku masih berdegil melekat dalam hatiku yang kosong tika ini.
Benar!! Masih terkejut. Apa tidaknya, melihat juniorku ketika sama-sama menagih ilmu dari para- ustaz/ustazah di sekolah itu..ya sekolah pertama aku hadir tika aku menjangkau usia remaja…tingkatan satu. Entah apa silapnya, semakin teruk pula kelakuan junior aku yang seorang itu. Entahkan ustaz, entahkan ustazah, entahkan ibu bapanya, entahkan aku sebagai senior, tersilap membimbing anak murid, membimbing anak, membimbing adik-adik ke jalan benar..(aku pun bukan baik sangat). Atau mungkin saja silapnya terletak pada dirinya yang sudah kabur tentang jati diri orang Melayu, jati diri sebagai Muslimah…entah..sukar untuk aku mentafsir, mengkaji apakah silapnya, bagaimanakah ia terjadi. Aku juga bukanlah pentarbiah yang sempurna. Masih lagi dilitupi kabut kejahilan, masih mudah tewas dengan nafsu duniawi…jadinya aku tidak layak untuk mempertikaikan kejadian ini (perubahan junior aku tu). Maka…ada baiknya, aku memanjatkan doa kepada yang Kuasa, agar kami (aku juga juniorku itu) di beri petunjuk dan dibenarkan untuk tetap istiqamah di jalan-Nya. Sejahterakanlah hidup kami ya Rahman. Amin Ya Rabb..

Kesal sebab aku, rakan dan dia…kami ada cerita kami tersendiri di SMU A Al-Istiqamah itu....

Saturday, October 20, 2012

bilik ni sunyi





Satu hari ini, aku ‘melekat’ dengan laptop. Bukan buat apa pun (kalau taip sorotan dah siap gamaknya)..Ohh..sorotan yang kena hantar hari jumaat (semalm) Dr. yang Baik hati dah setuju lanjutkan tarikh penghantarannya. No no..bukan kami mintak, dia yang nak kasi masa lebih. Harapannya, ada 20 buah literature review . hadoi…mana aku nak kaut semua tu. Tapi tak pa... demi menjadi seorang pelajar yang berilmu tinggi dimasa depan. Aku nak hasilkan tesis yang baik untuk semua pihak…..

But..malam ni, aku nak study sikit fasal satu bank ni. Yah nak minta tajaan, kenalah tahu selok belok fasal pertubuhannya dulukan?? Masa PTPTN dulu, tak da nak baca2 asal-usul PTPTN…tak da makna pun (bagi aku yang pemalas ni). Now, nak harap buget dari parent je tak cukup (nak kerja tak di kasi). So, akulah makhluk yang tak banyak pengalaman bekerja, tak banyak sosial..aku lah makhluk yang duduk dibawah tempurung tu…tak merasai nikmat berdikari. Dan akulah makhluk yang selalu menyusahkan orang lain demi mencapai keinginan hati……malangnya, akulah orangnya. Aduhai hidup ku…

Hope dapat jawab solan-solan yang diberi…matematik pun ada. Tetiba aku teringat bila kali terakhir aku pegang kalkulator aku tu??? 2,3, 4 tahun lepas?



satu hari aku tak jumpa nasi..nasi Oh nasi.......................

Friday, October 19, 2012

luahan si Tangguh




aku mengantuk....
wahai sorotan 
bila saja kau mau habis ditaip???















sapa suruh tangguh kerja?
hei aku konvoBA kan minggu lepas. mana nak sempat siap. 

awal pagi yang sejuk.




...

Merenung terus ke laptop
Melihat tulisan-tulisan bertaip
Kusyukuri masih diberi peluang
menghirup udara 
juga memandang kebesaranMu
Walau hati masih tersentap
Ku gagahinya demi kejayaan hadapan

Ya Rabb bantulah aku
Kerna ku tahu
Kau tetap disampingku
Kau Maha Satu
Setia di sisi hambaMu
Dalam  
Mencari keredhaan Mu

Akulah hambaMu 
harus bersyukur
masih diberi kekuatan
menghadapi kehidupan realiti
Walau penuh duga mencabar



aku bangun awal
siapkan sorotan yang harus dihantar beberapa jam dari sekarang!

Thursday, October 18, 2012

aku tengah sibuk




tengah buat kerja ni!
Dah jangan kacau…
Pergi!!pergi!
Haish….
Tak dengar ye…



Dah tak de kerja lain ke Ct Zu???






bersama dengan adda simpre(cam ni ke eja?), illah, shidah n nurul...kat mana? kat

Malam ini masih lagi hujan….





Aku tidur sorang2 selama 2 minggu ni. 
Roommate dah cuti semester. 
Minta guruh jangan sambung menyambung la…
aku TAKUT!! L

Masuk hari ini, 2 hari lagi genab lah seminggu aku menjadi graduan UPM. Now, I’m still here. Still be  UPM student for a second time (pejamkan matamu kiranya grammer ku salah).

so..azam ku

1) Untuk kali ini, aku berazam untuk menghantar puisi-puisi ku yang dah lapuk tu ke mana-mana saja penerbitan. Mesti hantar. so sapa yang karyanya dah selalu diterbitkan...silalah bercuti daripada menghantar karya2 anda semua. silalh beri  peluang karya aku keluar majalah atau newspaper cerah bersinar...he he he

2) Dan untuk kali ni juga, aku nak buat kertas kerja yang baik more than past (time degree). yang lepas tu walau markah okay, tapi aku still lagi rasa projek tahun akhir aku tu teruk. Memang markah tu markah kesian kot….. harus..aku harus berubah.

3) aku nak juga try bentang kertas kerja macam budak semalam (SAKAT viii) tu. nak juga rasa gugup, blurrr, bingung dang berpeluh jantan duduk depan orang ramai... kau rasa macam mana Bloggu??? layakkah aku?

last sekali........sila sengeh sikit agar hidung andang sentiasa nampak mancung C

4) Aku nak baiki cara memandu kereta. asyik kena hon je tiap kali bawa. tapi ni kena berlatih time cuti la.....oh ye..hajat nak buat lesen motorsikal. Agak2 selamat tak kalau aku bawa motorsikal???
 tetiba keningku terangkat dengan lentik.


......dah lah nak sambung buat sorotan literatur aku yang belum selesai2 ni...

Ohh ye petang tadi aku ke mini pustka dekat fakulti aku. WISATA MINDA namanya. Layan je lah!

 Hah!! Buat apa tu??cari ke curi buku?? Pak cik berkata…aku tipu jer Bro!


 Ila fa dengan muka tension sedang menyiapkan sorotan literaturnya yang wajib dihantar pada esok hari…

Aii ni amoi yang suka posing2..”sama tak warna tudung saya dengan buku ini?” gamaknya illah berkata



Muka aku, sedang cover line bangun dari  tidur. Hobby aku, tidur di Wisata Minda ni. Aircond kuat membuatku sejuk beku..berteleku. apa2 je la!J


Ismail ab. Wahab





PERTEMUAN

Hujung rambutmu menyapa
Aku malu untuk bicara
Kata-katamu yang sedikit itu
Kubariskan di hujung uraian rambutmu
Untuk mencari makna yang jitu
Senyum malumu membuat aku tahu
Engkau sudah dewasa

Ismail ab. Wahab
Dewan Sastera. Jun 1981

Saat bergambar di FBMK.........


Cara aku cover dari menjadi perhatian pak cik bas 
penumpang2 nye! Smart kan??



The real foto but…..erghhh
aku kah yang salah atau tukang ambil gambar??



Okay la ….




Pe yang penting, habis je sesi bergambar….hujang lebat mencurah2 ke kampus hijau ku….ambik kau!



 Tamat lah sudah


lagi dengan SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ASIA TENGGARA (SAKAT VIII)




Post sebelum ni tak de tempat nak letak gambar ….nak tengok je la











Tamat sudah cerita tentang seminar
Sudah pergi belajar!!!


hari ku ke SEMINAR ANTARABANGSA KESUSASTERAAN ASIA TENGGARA (SAKAT VIII).



SERBA SEDIKIT TENTANG SEMINAR

@ Ramai orang asing aku jumpa dari
Brunie : Dr. zefri Ariff - pensyarah di Universiri Brunie Darussalam & awangku hj. Amirul++ sbbnya panjang sangat namanya-emmm student MA sama macam aku. Tapi class sikit sebab dah boleh present depan org2 asing(bagi dia)…so aku agak jeles jugak la….

Indonesia: pun ada gak. Dr. Manneke, & Saut Raja Hamonangan Sitanggang..hehehe (jangan ingat aku tak tahu apa dalam kepala kau Bloggu)…actually aku kurang faham sangat apa yang dorang bentangkan. Tapi aku dengar n angguk geleng2. Tanda hormat orang tua..hehehehe

Singgapura: jiran kita…of coz la jejaka k-pop Dr. Azhar Ibrahim. Tengok dia je aku terus terkenangkan Dr…di fakulti ku..he he he cer teka Bloggu…time dia sekejap jer bentang. Tapi menusuk kalbu kot patah2 kalimah yang disebutkan tu.. memang sejibik macam Dr. kat fakulti aku…

Kemboja: Dr ni aku suka..walau tak faham apa yang dia cakap (semua kau tak faham ct Zu) tapi, bahasa melayu dia mengenangkan aku pada sekolah lama ku SMU A Al-Istiqamah …..ramai kawan kemboja ku disana…Oh lupa plak nak tengok jam dia. Warna mas tak??

Thailand: En. A. Razak. Fasih berbahasa melayu. Okay juga ide-ide yang diutarakan. Sedikit faham.
Yang lain tu..dari Malaysia lah. Hatta azad khan, ummu hani (bukan penceramah ye), ustazah pilihan kita, Firuz Akhtar dan ayahandanya Bukhari Lubis, Dr. Shamsuddin Othman (MC), Sulaiman Kaiat…dan lain2. Apa2 pun best la seminar ni. Aku boleh jumpa orang2 sastera luar dan dalam Negara…  



still lagi tak percaya dengan kebolehan diriku....huaaaaa!
aku sudah berubah BRO!!!

Friday, October 12, 2012

tukar bilik sudah pun!


Lupa nak mention…
Aku dak tukar bilik!!
Huaaahhaaahhaa…suka aku!
Dia?
Sudahlah!
Tak payah tanya orang sombong itu.
Aku mula naik benci.
Tak sangka.
Nak pandang mukanya pun aku tak lalu.


Jahat punya perangai. Bila la nak pegi minta maaf.
Hah! Diaammmm….

sukar tidur ini malam




Arghhh!!!
Mata aku sakit actually.
Mana taknya. Balik dari  terus buka laptop. Siapkan assignment dr. Falsafah Sastera..ha ha cer teka wahai bloggu…padahnya suka tangguh kerja. Ohh..!! still lagi tak boleh lelap.
Oh ye..hari juga hari paling pelik buatku. Apa taknya, tetiba plak aku boleh beramah mesra dengan mak cik cleaner kat blok aku ni..
“Rehat mak cik?” sambil senyum dengan penuh menawan
“eyaa”. Mak cik tu jawab.
Pulak. Buang tebiat kah??
Ahhh..apa salahnya. Yaa..sebelum aku beramah mesra dengan mak cik tu, aku ada dengar satu pertengkaran berlaku. Entah…dorang main-main kot. Kak cleaner tu bising-bising (eh ni pasal cleaner lagi). Ada satu ayat yang tak leh aku lupa. Cam gini lah lebih kurang bunyinya..
“diammm….!!! Buat kerja kau!”
Blablabla (entah siapa punya suara)
“aku cakap diammmm…!!buat kerja’ kau! Makan gaji butak!!” (ala-ala sleng Indonesia ya!)
Kerja biar iklas ya mbak!!