So…apa tu OKB macam yang tertulis di tajuk tu?
OKB singkatan bagi “Orang Kaya Baru”…Hua hua untung la. Eh cayake??
Aku tipu je..
OKB ialah Orang Kota Bharu, yakni satu persatuan yang
ditubuhkan untuk mereka2 yang lahir di sekitar Kota Bharu (salah sebuah
daerah), Kelantan.. aku pun tak tahu sangat bila ditubuhkan persatuan ini. Tapi
tak silap aku, ini kali pertama persatuan Orang Kota Bharu meraikan warga siswa
(rasa nya lah kan).dan ni kali pertamalah ia diadakan di Uni aku…he he he
Universiti Paling Maju (UPM)…suka hati akulah nak kasi nama apa pun….C
Sebelum ni aku dah mention
bahawa aku bukanlah anak jati Kelantan tapi sebab dalam surat beranak tu dah
termaktub yang aku lahir di Kota Bharu…so sila terima. Sebab apa aku cakap
macam tu? Ha haaa, kau tau masa aku ikut dinner
tu ramai rakan kelas aku yang majoritinya orang Kelantan mempertikaikan
kehadiran ku…cisss. Kau!
Peduli apa aku, asalkan aku dapat makan free hua hua huaaa…aku
suka aku suka..oh ya zana budak ganu dan ila faa si perak man tu pun ikut serta..kau nak cakap apa hah?? Apa2 pun
walaupun dinner ini bagi meraikan warga2 Kota Bharu, tapi pihak penganjur juga
menyambut baik kehadiran warga lain..i
mean mereka2 yang bukan asalnya dari Kota Bharu macam dari Jeli, Tanah
Merah, Pasir Mas dan dan dan…apa yang penting
dorang pun sambut orang luar dari Kelantan….for example zana n ila faa
tu…nah aku malas nak ulis dah…sapa nak layan tengok gambar..jom!!! sapa tak
nak
ila tengah tengok free gift yang diberi. ada 2 buah majalah fesyen (sesuai dgn jiwa wanita), novel (Ohh!!please deh!), air mineral, dan macam2 lagi lah..
hah ni novel zana...aku?? tak yah lah..bukan aku minat pun novel2 ni..
bergegar sudah illahnya
dinner time ...
meh2 ! nasi kerabu ada, nasi dagang ada, pizza ada, royal murtabak pun ada!!!
haa..ni napa plak?? kan dah cakap sambal lada tu pedas..yang makan banyak2 tu kenapa??? dah nangis sorang2..hua hua hua
...sekian saja dari hamba...