pagi ni redup je...hujan macam malu nak turut..dan aku punya kisah tersendiri...........Zasss!!Layan kau sampai tertidur...he he heh
Aku lupa bawa kunci selepas mengunci pintu…haaaiyoo..
Biasalah bila usia menjangkau hari2 tua ni, semuanya
lupa..entah apa yang aku fikir sampai tak bawa kunci. Pintu tak lupa plak nak
dikunci…haishh pagi2 dah menyusahkan orang. Asdah..thanks ya!! Jasa mu kan ku
kenang..
So..lepas je hantar kunci dekat pejabat kolej tadi…aku terus
je ke library Abdul Samad tu…macam biasa, kalau nak buat mauk beg berisi
laptop, pengawai kena buat check-up. Aigoo. Sekali lagi nasibku malang, pengawai
tak lepaskan aku masuk. Kenapa? Sila baca perbualan kami dibawah ini (lebih
kurang gini la dialognya)
Pengawai: bukak beg nak check. Ada bawak barang lain tak?
Aku: tak de. Buku je (sambil buka beg dengan selamba dan
penuh yakin)
Pegawai: ya?
Aku: em…
Pegawai: ni roti ni?? Makanan tak boleh bawa masuk library
dik.
Aku: hah?? Eh ?? la lupa nak makan tadi (dengan muka tak
bersalah).
Pegawai: roti ni kena tinggalkan kat loker??
Aku: selamat ker?? Emm..baik saya makan je kat luar..
(sambil tutup beg)
Pegawai: oo..tak pe jugak. Kang lapa plak tak makan.
Aku: senget dan beredar dengan cepat2…malu sih!!
Begitulah ceritanya..itu sebelum masuk library. Nak ni
kisahnya waktu dah masuk library…
Aku masuk, sama naik dengan pegawai2 bertugas susun buku. Macam
biasa, aku terus saja ke rak buku bebahan sastera Melayu..aku tak minat cari
dalam opac. Cara manual lagi mudah kot..!! so, bila dah manual, satu2 buku aku
tilik, baca, letak balik. Tilik, baca, letak balik. Agaknya sebab terlalu lama
aku membaca kat rak tu, adalah abang tu..i mean pegawai ps la, tegur..
“dik baca dekat meja dik. Tak leh kat sini. Pergi baca kat
meja ya dik…”
Hadoi..kena lagi aku. Bukan aku malas nak ke meja yang
selang 2,3 langkah dengan tempat aku berdiri tu…tapi sebab aku belum jumpa buku
yang aku nak, kena dengan jiwa aku (poyo kau jah!!) ..so?nak baca apa kat meja
tu…akhirnya dengan paksanya, aku mengambil beberapa buah buku yang berhampiran
dengan aku tu..duduk meja sebelah dengan rak tu. Berlakon khusyuk membaca. Buat2
menulis. Tu je lah kau reti ct Zu….