Sunday, October 28, 2012

aku yang kosong



Satu hal yang membuat aku sangat terkilan sampai sekarang ialah kelemahan aku untuk mengenali apatah lagi mengingat nama2 tokoh sastera di Malaysia ni…itu yang buat aku malu untuk berhadapan dengan orang2 di DBP, di seminar2 yang aku hadir, dan tempat2 diskusi…memang aku punya masalah untuk mengingati nama,  bidang2 mereka..nak nak penulis/penyair di Malaysia. Kadang aku fikir, layakkan aku di kenali sebagai pelajar SASTERA MELAYU? Dan sekarang aku sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Masterku…layakkah aku dikenali sebagai pelajar MA Sastera Melayu sedang aku tidak pernah mengambil tahu hal2 berkait dengan dunia/ bidang aku sendiri…

aku hayut dalam dunia ciptaan aku sendiri…sebab tu, aku tak pernah nak mengimpikan sebuah jawatan bernama “pensyarah sastera”. Aku tahu, aku tak layak meskipun menggunung tinggi pointer yang aku kutip…aku masih belum layak menjadi “warga” sastera andai aku masih belum mahu mengubah diriku sendiri….

Dan semua yang aku rasa, tak pernah diambil peduli oleh mereka…keluargaku sendiri. Kini aku, belayar sendiri..seorang diri menelan pahit manis kehidupan seorang pelayar sastera yang kosong…