Saturday, January 28, 2012

laporan...

pagi tadi umi keluar cadang nak buat laporan polis pasal langgar-belanggar ni...ajak lah si mastur..macam cam pe tah muka..aku buat bodoh malas nak layan kerenah dia...
bila balik aku tanya umi macam mana? umi cakap dia tak buat laporan atas nasihat rakannya..aku tanya sebab? umi jawab..kalau buat pun..entah la. budak tu pun tak pakai topi, motor pun cam basikal je. biar je lah..emmm..pulak dah. abah? em..memang tak nak ambil tahu. he said "umi yang berlanggar, selesai sendiri"...hadoi..suami2.lepas ni aku kena berhati2 nak cari calon 
masa keluar tadi sempat pergi servey2 harga nak baiki...
1) kalau nak tukar ongkosnya campur tolak = RM600 + upah
2) kalau cat and touchup2 sikit = RM200-300 jer.

lepas tu mastur cakap dekat umi, "kak ngah nak yang baru"..umi diam jer..
bila umi cerita.. aku punya darah wooww..terus meningkat panas badan membuak2..sabar ct zu sabar...aku cakap dekat umi, dah umi tak payah pikir lagi, selesai dan siap2 diri nak pergi USM. karang tak boleh fokus nak belajar..dugaan betul..

*lagi rasa nak plengkik jer kepala budak nih, sedar lah weh..tu pun kereta umi..awak tu berapa jer sumbangannya..tu pun mintak duit dah bising2..*
*nasib baik aku tak pakai kenderaan, ada bas pun dah jadi...janji belajar*

pelanggaran berlaku.....

semalam umi keluar...mula pergi selesaikan hal2 di sungai besar..kendian balik rumah hantar" lauk2 basah"...suruh aku masak...dalam 10-15 minit keluar semula ke sabak...
balik menuju ke rumah...rasa tak ada kenderaan dekat belakang kereta..hai tup2 nak masuk simpang perkarangan rumah ada orang langgar buntut kereta..umi ingat buah jatuh atas bumbung (buat bodo saje)...budak2 yang kat dalam rumah terus keluar..teriak2..umi pelik kendian tengok ada orang tergolek2 dekat rumput jiran depan rumah aku...hai ni kes berat ni..cik mastur pulak..kuar2 terjerit2 macam orang histeria "umi kereta kak ngah!" beberapa kali..una..tengok pelik...dalam hati..pekena budak ni?bukan nak tanya mak tu ok ke tak!cinabeng punya budak!...aku? duduk kat dapur mesin lada kering nak buat ikan masak pedas..(tak tahu apa2)...ok..

budak yang langgar tu tak cedera teruk, luka dan tergeliat sikit je..em salah umi gak tak bagi signal nak masuk selekoh (ingat tak de orang) dan budak tu mesti bawa laju, bawa motor dekat2.
cik mastur..seharian membisu, menangis tak berenti2..aku bosan doh!!rasa nak sepak jeh.nasib kongsi bilik ngan kau...ceh. umi? erm..petang tu boleh lagi keluar. tapi aku dapat rasa perasaan umi, takut terkejut dan sedih...ye la anak bukan nak tanya keadaan dia, dok sebuk nangis pasal kereta rosak...aku ngan una..hai kecewa weh! sakit hati pun ada gak...agak2 la. masa laptop kau kena curi, lepas tu notebook kena air padahal guna tak sampai seminggu..ada umi marah hah?? masa kau langgar tiang dengan" kanc" tu ada umi dan abah marah2 kereta kemek2...hadoi!! susah tol lah! nak tegur kang sapa lah aku ni kan...budak sengal bengal sekolah tak pandai...tengok je lah...

*barang rosak boleh ditukar ganti, repair...tapi kalau nyawa orang??sapa nak bagi?mana nak cari?? *

Sunday, January 22, 2012

pagi ini...

alamak ada orang datang!!
hati aku menjerit..apa aku nak buat nih??.bingung.kelu.tunggu. tak tahu nak buat apa...
maklumlah dah lama tak sambut-menyambut orang ni.. tak tahu nak buat apa. nasib umi ada...hahahaha
selamat den...


mesti umi membebel lepas ni...wajib!!

*adik aku darjah dua lagi pandai, cepat2 kemaskan ruang tamu yang..?yang?..aku. tengok. kurung diri dalam bilik ...*
*hajat nak bererobik..dah dia datang pula..tunda lagi*

Friday, January 20, 2012

minum petang


abah balik. tanya aku duduk sini sampai bila.
aku jawab 19 haribulan ni balik (guna suara dalam). pelik aku. apa.. dah tak nak tengok aku kat rumah ni ke?
abah jawab. lah.. ingat cuti lama.(aku cover senyum).hajat nak suruh ajar sejarah kat sekolah. perlu guru ganti.
ceh! masa ni la nak guna cikgu ganti. masa aku cuti berbulan dulu satu pun tak nak ambil aku (bermonolog dalaman sekejap).
abah cakap lagi. boleh ke ajar sejarah? tingkatan lima. (aku senyap)
abah ni pandang rendah dekat anak sendiri nampak.(hati aku cakap, mulut aku tak)
umi sambung. kalau sejarah tu kak long boleh lah. (aku pandang umi). kak ngah tak boleh lah. kalau sains dia boleh lah ajar.
abah jawab. cikgu sains pun nak juga.. tapi dah cuti sebulan je. tak boleh lah.
(dalam hati aku damn!...) memang nasib aku dan cik mastur lah...

*rezeki diturunkan bila2 masa oleh Allah.ditarik bila2 masa saja sama ada kita sedar atau tidak. sama ada kita rela ataupun tak.
*jangan lah merungut kalau itu saja yang kita dapat, rasa atau lihat. nak2 ianya datang dari usaha orang lain dan kita cuma menumpang tuah. sedar lah diri tu. sikit pun jadilah.jangan buat orang lain rasa bersalah sebab tak dapat memenuhi kehendak kita. bersalah lagi berdosa tahu! dengar sini wahai intan payung Safwan..Allah benci sikapmu tu....benci maknanya murka. murka datang bala. bala jadi bencana. kau yang rugi akhirnya..beringat2 lah!
*jelas dengan dirimu sendiri sebelum hendak menjelaskan diri orang lain. orang melayu kata cermin diri sendiri. konsep yang paling senang.

huh malas nak terang banyak2 nanti ada jer makhluk balas statment ketiga aku ni.... kang dia bawa pantun, peribahasa, gurindam segala bagai....ambik nak..!

....

malam dear..
huh..malas nak tulis tapi kalau tak tulis dear tak tahu pula keadaan anje...macam mana ek. de tak alternatif lain selain menulis kat sini? bukan apa, tak nak "orang sesat" tu baca...tapi kalau tak de tak pe la...

enjoy you self, good luck..
jangan lupa jalankan amanah dengan baik. bye!

my world is very lonely without you
and it was very painful for me 

be frank
come back to me
I'm really need you this time ...

perang


malam ni 
aku perang mulut. entah. cadang malas nak balas. nak senyap je. tapi..wah kau! mulut busuk lebih bau tong sampah sebelah kedai makan padang sri serdang tu. sapa tahan wOoo..
aku balas. 2,3 ayat jer. 
"alah mu pun sama, tak payah cakap orang lain." "tak nak cermin diri sendiri..perfect sangat?!" (lebih kurang camtu lah)
sekali dia bagi boom atom wOoo..kalah aku yang guna meriam buluh ni.. bla bla bla...
aku masuk bilik. tutup pintu. wah kau! makin lebat boom atom jatuh..ok. aku buka my baby. pasang earfon. dengar beast. code V. flumpool. argh....selamat.

*memang aku kalah kalau perang mulut. sebabnya mulut aku tumpul...kahkahkah

Thursday, January 19, 2012

rasanya boleh tak?


ada tak tempat yang boleh buat aku keluar dari dunia yang penuh kesakitan dan keperihan ini...
tak.. agak-agak lah...
kalau aku di beri peluang,
nak aku masuk ke alam khayalan aku..
pergi ke mana saja yang aku suka.
jumpa sapa saja yang aku nak.
pakai apa saja asal nampak cantik dan mewah
makan apa saja yang aku teringin nak makan
minum apa saja yang mengalir dan berair
belajar. kerja. kahwin. dan semua yang kena buat dekat dunia ni tak payah aku buat. relex...

*khayalan tetap saja khayalan*
*kena berusaha selagi bernafas, jangan mengalah dengan hanya 2,3 potong ayat tu..!*

andai saja aku boleh buat tak tahu. pekakkan telinga. butakan mata. manggakan mulutku ini. sudah tentu ayat2 dari tulisanmu tak ku pedulikan sama sekali! hey boy!! kau pandang rendah sama aku ye..okay aku akan buktikan yang aku bukan saja the first..tapi boleh memberi komitmen tinggi dalam setiap pekerjaanku...memang aku banyak kelemahan berbanding kamu. aku akui itu. dan kau, kalau nak lagi duduk semeja dengan aku, dipersilakan.. tak ada masalah.

masa dulu-dulu


Teringat waktu sekolah dulu..
Cikgu pernah cakap
“orang seni ni hatinya mudah rapuh..nampak macam dia tak kisah tapi mudah tersentuh”
Sekarang aku mula terasa dengan kata2 tu…hah..patut la.
Bila aku tengok diri aku ni..
kenapa benda2 kecil pun aku anggap ia besar. Haa..kalau ada yang tak kisah lagi lah aku meradang. Lepas tu tulis kat mana2 supaya orang tu tahu keadaan aku. Nak bersemuka..erm..malas. takut berpanjangan pula. Motif aku pun nak dia tahu je pun.


Kalau dengar atau nampak sesuatu yang pelik..mudah sangat tersentuh. Lepas tu nak a..a..a..pastu cover. Contohnya tengok movie yang touching2…dengar lagu yang muziknya sedih…pergh!!....soya2..apa kena dengan kau ni.


Kalau mereka2 tu tak dengar arahan aku. Nasihat aku lagilah aku cepat. nak2 darah daging. Nampak benci tak sayang tapi bodoh la aku kalau buang darah sendiri kan?? Kalau konsep tu pun kamu semua tak faham, dah tak tahu nak cakap apa dah la…


Hah satu lagi…sejak2 usia dah tua ni, mudah sangat tersentuh dengan kata2 orang yang aku percaya, rapat, pendek kata kawan2 aku la…entah. nak2 meraka yang mulutnya..amboi kau…erm..aku pun  tak tahu kenapa aku boleh ter’kawan’ dengan mereka2 ni. Biasanya aku memilih kawan (sifat buruk aku)…hah..sudah la. Sudah takdir. Mungkin terlepas pandang atau dia sudah berubah..yah! bisa2 aja bukan…

Tapikan…tulis panjang2 bagai nak rak ni.. aku ini orang seni ker??? ermm….lupa pula nak tanya cikgu ‘orang seni’ tu termasuk ke sastera?? Atau untuk orang dalam bidang seni lukis je..sebab cikgu tu cikgu seni lukis aku…so?? Saya ni macam mana cikgu Jas?? Cikgu?? Ooo..cikgu Jas..

kalau aku...




Kalau aku tak pulang..
ada tak kamu semua kisah?
Kalau aku tak telefon
ada tak kamu semua telefon aku. tanya khabar?
Kalau aku hilang, tak ada berita  
kamu semua sedar tak rasanya?
Kalau aku dah tak ada
kamu semua sedih tak?

Dulu waktu di asrama soalan2 ini la yang selalu berlegar2 di kepala aku...
setiap kali melihat kamu,
matakukan berair..
setiap kali mendengarkan kamu
pipiku basah..

haa...
sedihnya..kamu tak rasa?
aku...
rela sakit ini terpendam. senyap2. duduk dalam. simpan lama2. 
sakit. sengsara. Pedihnya…hanya Dia yang tahu. Sebab? Huuuh…asal kamu semua tak nampak. tak sedar. dan tak tahu pun...
tapi sampai bila aku mampu bertahan?
cakap!! bagitahu aku apa yang aku kena buat supaya kamu faham...pandu aku kalau aku tersalah langkah, lebih2…tunjuk aku kalau aku silap…please…

*harap kamu sempat sebelum semuanya terlambat…sampai saat tu, kamu semua dah tak mampu melihat ku…tolonglah sungguh hatiku sudah…huuuuhhh…*

SIAPA AKU DI MATAMU


mengapa sukar untuk mereka memahami keadaanku?
tegas sangatkah aku ni?
atau garang tak bertempat?
susahnya nak jaga mereka ni...nak suruh jadi baik pun tak nak ikut..apa?kamu ingat apa yang kamu buat tu betul?bagus?murni sangat lah?
entah!! tak faham aku dengan kamu semua ni...macam mana nak bersatu kalau arahan aku kamu semua tak mahu dengar...weh!! aku ni sapa di mata kamu semua hah??? kalau dah boleh hidup sendiri, yah silakan keluar dari rumah ini dan hidup dengan cara sendiri...tak payah susah-susah dengar dan tengok aku...aku pun dah tak tahan, umur aku ni habir memikirkan hal-hal kamu semua..sedang aku??ada kamu semua kisah??ada kamu ambil peduli??
kalau tak kerana amanah dariNya..kalau bukan pengharapan dari mereka semua dan kalau bukan pesanan dia pada ku..dah lama aku tak ambil kisah pasal kamu semua tahu!!!


*kenapa susah nak didik budak2 sekarang ye?ditegur berang.dimarah menjawab.dipukul..argh!!kasar sangat*

Tuesday, January 17, 2012

nothing...




"It's not enough that we do our best; sometimes we have to do what's required"
sir winston


Monday, January 9, 2012

ceritanya Istilah...



hari ini..kertas istilah......................
sebenarnya..sepanjang aku ambil kursus ini, serius aku tak faham pun apa yang aku belajar..
nak tahu apa yang aku buat dalam kelas? hehehe..
tidur,makan(ikut masa), tenung Dr. VJ punya baju...
sebenarnya bila aku tengok2 Dr. VJ ni jenis yang rendah diri..orang putih cakap low profile..sebab? hehehe..tengok la ...pilihan warnanya..ala..pergi la tengok sendiri.. malas nak cerita..ada juga yang kata aku kutuk2 pensyarah aku..sory ek aku bukan kutuk tapi PUJI..dr aku ni bukan macam dr2 lain yang bergaya2 tu...
tapi hari ni aku malas nak cerita pasal kelas sebab dah habis pun..(tapi lepas baca2 dan ulang kaji..ok jer)
start pukul 2-4petang aku berdepan dengan kertas istilah..ceh!penat tau...
oh ye..kelas aku ni special sikit sebab bercampur dengan budak2 minor lain..macam minor sastera, penulisan dan..aaa..oh ye aku..bahasa melayu...so..tinggal cerita tu..

tadi (lepas exam)...ha'a..aku sebenarnya tak percaya.benda ni fakta atau auta? aku pun tak tahu..tapi aku diberitahu..ada orang tengok (tiru) jawapan aku..ha!lawak..rasa aku dah sorok jawapan omr aku tu..ceh!! agak2 sapa la ek?? dan serius tak tahu la pula dia tu sanggup jenguk2 jawapan aku..ye la aku bukannya pandai pun..lagak macam boleh jawab jerrr....tapi..ala pokoknya tengok result la nanti..

tapi aku tak kisah pun orang nak tengok plus tiru jawapan aku..hehehehe biasanya aku semat dalam diri, aku tengah bersedekah(ada plak gitu ek?) hehehe..tapi serius dalam hati aku..ye la dia tu budak pandai, ala..bebudak course yang paling aktif dan pandai2..yang selalu dapat pujian pensyarah2 dekat jabatan bahasa melayu U aku ni la...aku pula..hermm budak separuh tak betul ni yang kau nak tiru..serius la weh..buat aku takut pula..bukan apa, mana la tahu jawapan awak tu dah betul, tapi sebab tengok si separuh dungu ni punya jawapan terus tak dapat A..kan dah menyesal...

hehehe..oh pada sesiapa yang nak tiru aku boleh jer..eda tak kisah tapi kalau dapat rendah jangan salahkan aku pula...
satu lagi..sapa2 yang duduk sebelah aku nanti,tolong la jangan goyang2kan kaki ker, ketuk2 pen ke..bergegar weh meja aku..ceh!! bosan la weh!!nak bergendang2 duduk jauh2 la..aku bukan budak pandai pun yang boleh beri perhatian sepenuhnya kalau buat kerja..aku ni kuat berangan tahu!! kau tahu apa??goyang2 tak habis..aku pun dah nak berdance2..aku cepuk kang kaki tu..baru tahu sapa zuhaidah yang sebenarnya...

*pantang kalau orang tanya aku lepas tu buat muka (buat2 tak dengar) kalau aku tak boleh jawab*
 sapa la tu yang selalu buat macam tu...

Sunday, January 8, 2012

viruss




bila Dongwoon berkata2:

you are my virus
you will make it harder on me
when i look at you again
my heart will hurt
but
still
i want you
even if i'm
pain after pain
even if i
might lose everything

a peu ge ha get jji
neo mu na saranghae...

i love you until the day i die...


* tak de koje nak cari koje *
  

Saturday, January 7, 2012

I L@v3 B3aSt





The Fact Virus

Easy Back To You Though I Call You
Break Down...When The Door Closes On Rainy Days

DreamingThanks

~ koleksi lagu B3aSt yang anje ada~

DEAR? ada ke??
ceh!! gojit mariya!! sashili anya...
yoo..ingat anje tak tahu ke...

NO komen!



                                             entah la~



Wednesday, January 4, 2012

ada tak tempat untuk..


*makcikutube




dekat-dekat sini rasanya ada tak tempat sesuai untuk...
aku berdansa..
*hah? serius ni?
apa pula tak serius.. bosan ah!
*kau ni sakit ke bedah ooii!
apa bedah2..kampung! .sakit apanya...betul la..aku memang suka buat lagu (bukan tulis k)..aku pun suka berdansa..kau tau apa...! syyyh..nak tahu tak?
*tak nak!
ceh!kau tak nak, aku nak..dulu aku (zaman sekolah) gemuk..
*so?
aku bantai dance masa tunggu result spm...perfect u..time family aku go to school..hahaha dia datang dah~
aku bererobic jer...bukan dance cam SuJu ni..power kot...
*so?
apa lagi??so so..aku cepuk kang! ya la aku nak berdance la..ni kau nampak tak my body dah..dah..erk tak mau tulis dah...ish ish ish..(moody lagi)
*berhenti makan roti tu jer caranya..turun cafe. kau kan tingkat 5 so, gunakan kemudahan yang ada..berdance-dance..hhhuuaaahuuuaa...lawak ct zue nih hahahuhuhuuaaa....hak adoiiii!
padan muka!


*suka tengok kyunhyun dan mamat shidong(ehh tak silap aku la)..power you..apapun donghae..mizz you too..!

kepulangan mu



e e easy girl...
woooaaa dia sudah pulang!!!
otokhe??
errrkk..kantoi!
adoi..apa la yang aku merepek ni..mizz suzy sudah pulang malam tadi.
kantoi..kantoi sebab aku guna meja study dia tanpa minta kebenarannya..adush!! mana aku nak tumpang study ni?
hah? meja aku? hehehe..tentulah bersepah, menyampah aku tengok..ehh..kan aku dah bagitahu, kalau study week tempat aku macam...aish..malas nak ulang. nasib aku menyapu pagi semalam. kalau tak..mesti moody mizz suzy balik sini...huahuahua..nak2 semalam (malam k) mood aku tak baik lagi...so aku duduk meja dia, buka youtube tengok citerrr...koooorrrreeeeaaaa!!! (kalau umi tahu..mesti dah....)
malam tadi aku bantai cerita HELLO GHOST!
apa..hero? erm..hero tak la hencem..ala pelakon my girl & i..heroin pula entah.tak kenal.tapi best citer tu sampai berjaya buat aku menangis (gedik)
entah kenapa mudah pula aku tersentuh kalau masuk bab-bab kehidupan ni..cerita tu, tak la sedih pun..hah?seram? tajuk je macam seram cerita lawak kot!(lawak kerr?)...
kan aku dah bagitau..study week kali ni buat aku sick and weak..dengar lagu foreigner(korea,mandarin) pun nangis.padahal sepatah habuk pun aku tak faham! ceh ngada2 pula si tua nih!...apo kono daro sorang nih!

sudah!sudah!...tammat~

*aku pun bantai tengok tentang Dhia, tapi episode last...nangis wooo..
si K.J & nisa (si junior)pula dok kalut panggil2 aku..hish orang tengah feeling. sibuk dok panggil orang...apa hal??

Monday, January 2, 2012

aku dan study








serius...
aku tak pernah pun rasa sebosan ni kalau study week..
ya..mana ada istilah bosan kalau tengah belajar, mengulangkaji kan??
entah kenapa..semester ni bosannya lain.atau dalam erti kata lain tak ada mood. mungkin subjek semester ni agak....atau mungkin petanda2 awal aku akan down, down, dan tak layak menggapai bintang dalam mimpi aku tu...ermmm...jangan la...susahnya aku nak capai ke tahap tu...

atau 

ada yang sumpah menyumpah aku biar aku tak boleh fokus ni???sapa2 tu!! 

atau

sebab aku tak layan cerita korea.. tu tak de mood....(boleh plak kau!). ingat lepas call orang2 tersayang, mood aku kembali...erkk makin menjadi2 pula...

nasib...

aku masa study week:

*selalu layan citer2 korea waktu study week..
*nescafe, roti peneman aku (malas nak turun cafe)
*tidur awal, bangun pun awal
*tempat  bersepah . dua2 side aku kronker. buku2 yang aku baca semua letak atas katil.buat bantal
*baldi kosong, sebab terus basuh baju
*jarang call my parent, sok nak exam baru minta restu..(kurang asam)
*hp aku...silent~

~tahun baru~



selamat tahun baru kali kedua dear!...
satu tahun hijrah satu tahun masihi....best tengok komen dekat fb dan bloger2...masing2 sibuk menceritakan pengalaman tahun baru mereka...ada yang keluar makan, ada yang bersama keluarga holiday dekat mana2..ada yang nak keluar tapi mak dah warning awal2 jangan keluar..ada yang berdating? ceh..korang ni tak ada kerja lain..
"malam2 macam ni...banyakkan bersimpuh di tikar sembahyang, baca doa tahun akhir dan awal tahun..." pesan Umi anje...Dear dah buat?...hahaha kantoi!

sepanjang usia 23 ni, tak ada langsung kenangan yang boleh dikenang di malam new year..
semuanya biasa saja... tengok dan layan TV(citer Korea), makan2 depan TV, borak2 depan TV, bergaduh depan TV...alahai...

tapi anje tak kisah. memang jenis tak keluar rumah pun kalau bukan dengan family....boringkan??nasib dear laa..dapat kita! woooaaaa...padan muka...so jangan mimpi nak ajak keluar kalau belum...???...








* sory too dear,
walau ajakan mu tak ku layan tapi itu semua untuk kebaikan bersama......bukan tak sayang....

Sunday, January 1, 2012

Paddy Fragrance


*makcik utube*



dah lama anje cari lagu ni...dari 2007, 2011 baru jumpa..
nak buat macam mana tak tahu tajuk...
ni salah satu lagu kesukaan anje. masa sekolah2 dulu selalu dengar dalam radio 988...
oh ingat lagi dulu masa sekolah (form 6) anje bawa radio kecik...time cikgu tak masuk anje layan 988...(tengah belajar pun layan juga)
nak tahu satu cerita?? hahaaa...si jay chow ni memang suka dekat anje. (dulu2 before anje jumpa dear)...sebabkan dia ni chinese so anje terpaksa tolak...nak jaga hati dia, anje kumpul lagu2 yang dia nyanyi...cehhh romantik tak??...
banyak lagu yang dia tulis sendiri dan meletup2 bila album dia keluar...
dah la HENCEM...berbakat pula tuuu...tetiba rasa menyesal pula tolak...

 ~tammat~