Saturday, November 23, 2013

sudah kejadian

...
Jadual hidup jadi sesak dengan aktiviti itu dan ini.
Nak meluang masa menonton cerita Korea pun teragak-agak.
Apatah lagi nak pergi melancong…heeeh memang tak!
Undangan walimatul urus yang perlu diselesaikan.
Cuti perlu diatur.
Tiket, duit, dan tenaga...
Sudah ketentuan dan tanggungjawab
Kawan dan anak saudara.



(maaf..aku memang suka merepek2)

Tuesday, November 5, 2013

Ini Oktober aku!

Malas nak ulas banyak2. Lagipun, tak de sapa yang baca pun blog cabuk aku ni..
Layan gambar je la…

Akhir September dan mulanya Oktober aku dengan seminar-seminar ilmiah. *maaf kalau masih belum Ilmiah*

=> HISMA di UPSI. Berlangsung selama dua hari.
(hari pertama purple. Hari kedua, hijau+biru)















































=>Seminar Kanak&Remaja di DBP
(jemputan Khas di import dari Belanda, Dr Aone...)

Dr. Shamsudin + Dr Aone





































=>Seminar 400 tahun Sulalatus Salatin di DBP



























=>Bicara Tokoh di FBMK, UPM
















=>Special slot “Kursus Pra Perkahwinan”





<= Yeaa got this,finally!! *Nampak tak gatal?*



"kau aku we're nothing"

2,3, hari lagi genap dua bulan tak update soyamilkgulamelaka hamba ni. Banyak hal yang berlaku yang tak terduga yang tak tersangka-sangka telah berlaku. Sampaikan tak tahu apa nak ditulis nak diceritakan nak diberitahu….haihhh *semua ni mukaddimah palsu*

Ok fine!
Satu hal je yang tak dapat aku selindung. Satu hal yang buat aku tak leh duduk diam. Nak juga meletihkan jemari kontot ni menekan kekunci mr. Sam aku ni. Penat tau! *maaf dah mula melalut*

So, alkisahnya macam ni…
“KAWAN”+(kau aku we are nothing)
Banyak pepatah yang nenek moyang kita cipta fasal kawan. Malas nak tulis panjang. Apa dia pepatahnya, sila GOOGLE saja.

Seorang kawan datang kendian pergi kendian datang kendian pergi, datang pergi datang pergi dan akhirnya sampai ke sudah dok ulang benda yang sama…(gelak)

Nak cerita sikit pasal dia ni. Masalah dia masalah aku. Masalah aku bukan masalah dia. Masalah aku dibiar berlalu berterbangan di angin lalu. Menghadirkan pilu hati terkedu…biarkan biarkan biarkan dia dengan dunia dia. Kadang hati aku bagitu.

Yahhh..biarkan saja toh!
Sekian terima kasih….





Tuesday, September 10, 2013

i don't care...

Salam…

Halohai..dah lama tak bertemu. Jadi rindu pula.

Sungguh berdrama. plez la..dushhh
Masuk hari ni dah empat hari duduk UPM yang meriah ni. Ye la sangat!

So..kau tahu apa aku buat hari ni?
Bangun lambat tak yah cakap. Dah jadi tabiat. Ermm…tengok bakul dah menggunung, apa lagi zup zap zup zap la..

Bukan. Bukan tu yang aku nak cerita aka luahkan…aihh..apa kenalah dengan aku ni.
Sebenarnya, aku sedang berperang dengan nafsu. Ya nafsu-nafsi yang menghasut aku supaya berbangga dengan apa yang telah aku dapat.

Geramkan? Mesti setan yang dok bertenggek kat tengkuk aku ni gemuk sangat. Tu yang kadang2 besar diri pun datang.

Tapi tak pe, hari ni banyak pula aku beristighfar..bagus! walau diduga segini, moga amalan itu membentengi segala perasaan ujub dan besar diri yang melanda ni.

Aihh..dah tak tahan aku dibuatnya..


Cao!


Thursday, August 22, 2013

Band?

Satu dua minggu lepas, tetiba je dok terkenangkan zaman persekolahan. Tak..bukan tu yang aku nak war2 kan.. sebenarnye , aku rindu dengan band2 remaja kegilaan ramai. 
Haaa..berputaq kepalaq hangpa dok pikiaq kan? Band manalah yang aku dok igau2 sangat tu..?

Band2 like q-face, boboi (aku suka muz), newboyz (yang ni kurang sikit), antz..dan lain2 lagi lah.
Apa khabar dengan korang? Baik ker kehidupannya? Semua dah kawin ker? Ceiii berangan plak kau ni.


Sekarang ..ye sekarang ni, time aku dok menconteng2 entri ni..a’ahh nak habaq mai, aku tengah layan lagu Demi masa from Boboi..

layan lah.... muzz- "yang penting ada gaya"


piss: aku g rumah terbuka UPM td . dapat makan satey 7 cucuk jer. yang lain kena bantai staff                  UPM haisshhh

Monday, August 19, 2013

Kronologi Aidilfitri Hamba

Ceiwah..tajuk je sakan. Inputnye ke laut..haha

Sudah malas nak tulis banyak2, nanti berbakul kritikan aku dapat. So layan je la ek..

# aku balik KB sehari sebelum raya. sempat la berbuka beramai2 n solat tasbih kat masjid taman Uda tu.


ni baju raya aku. berjubah segala mak jah ni..
#Masuk raya kedua, kami semua busy. Family bakal pak su aku nak mai da. Orang Klate cakap mari nak netak tarikh..
baju putih tu bakal
pak su aku..hensem? boleh tahan la.....

#Gambar ni paling special buat aku. Mana nak dapat serpihan lambaian tangan selembut sutera aku kat lain. Dalam gambar ni jer…haha bulat mata blake. Jumpa ke?




mentari petang mengiringi kepulangan kami ke Sabak.
Jem teruk kut..
#Syawal ke 10, hari keramat buat adik aku.. dah jadi tunangan orang dah dia. Aku? Itu Allah punya rencana..heh *hati membisu*

5 berbalas 7. muka tak leh tengok, kaki jer
bleh ek...tu hah, kaki adik ipar aku..eh bakal ek :p
Sekian saja dari saya..Dr Cinta (lama tak puji diri)

note: xclassmate aku dtg cari aku kat fb. he said dah lama cari aku, baru skrg jumpe. dalam hati menjerit "motif kau cari aku?". 

Thursday, July 18, 2013

perpindahan virus induk


Jiwa aku belum stabil lagi ni. Ni semua fasal tengok cerita “only becoz it’s you” yang ditayangkan kat tv one. Banyak pulak isu rumahtangga. Agak lain dari cerita korea yang selalu aku tengok tu…agak la.

Tapi bukan hal tu yang aku nak ceritakan. Ni, baru aku nak start cerita. Dengar dan tenung baik-baik apa yang aku tulis ni.

Sebenarnya….aku dah sihat dari demam selsema. Hahaha…dan dan bukan Shah Alam punya virus yang merebak dalam badan aku baru-baru ni. Itu semua virus dari ummi aku. Hua hua hua..ya..sehari sebelum aku dan keluarga ke SA shoping baju raya, sakan kot!! aku suruh ummi aku tengokkan telinga aku yang berdengung semacam jer…terus aku ingat video maggot dalam telinga. Ya! Ada maggot tinggal dalam telinga orang tu. aku tengok kat Utube. Tak caya? Cer bukak Utube kau sekarang!!!

So, umi yang diserang selsema masa tu tengok, dan last sekali aku dapat hembusan ala2 aksi bomoh dari umi. Tapi..tapi ianya bukan jampi, itu semua ayat kursi. Ayat penyembuh penyakit…hehehe umi kata. Aku juga. Smile!

Makanya, kau nampak tak apa yang nak aku cakapkan ni? ya! Ini dinamakan perpindahan virus dari induk ke anak-anak yang lain…hehe. Now, si hanisah adik bongsu aku sudah ada tanda2 selsema.. Makanya, silalah berhati-hati dengan sekeliling anda.


Dah! aku nak tidur….bye!


*Baru hari ni aku berjaya menyelesaikan segala teka-teki dari mana asalnya virus selsema itu datang....kesiankan?*

Monday, July 15, 2013

cobaan



Shah Alam sebarkan virus selsema dekat aku and ummi…huh!
Sekarang aku sedang sengsara menahan suhu badan yang melampau dari biasa… sadis!

Bak kata arwah P. Ramlee…”cobaan” dibulan puasa.


Sunday, July 7, 2013

TRAP..So?


Aku tak faham.
Betul-betul tak faham.
Kenapa mesti depan bilik aku?
Kenapa mesti aras aku?
Kenapa harus aku?

Give me the reason!!
lepas tu bagi tahu aku, berapa banyak lagi biogas yang perlu aku hirup dari najis kau? Cakap, cakap!

aku benci "IA"....



I’M TRAP, I’M trappp… aku rasa lagu ni sedikit sesuai dengan tekanan perasaan  yang aku lalui sekarang. Sekarang, jelas tak situasi aku sekarang??


Saturday, July 6, 2013

we're only Human


There are rules people must abide by.


"If you do anything wrong, you should pay for those sins…and 
sincerely ask for forgiveness..."

 It’s only human!



(kutip dari "She Is Wow")

I Miss U

So…hari ni jangan terkejut kalau ternampak kelibat aku sekitar serumpun ni. Ya..memang aku dah balik semula ke UPM tersaye ni…huhss serius!

Rancang nak puasa sehari dua kat rumah, tetapi rancang je..semua dah ditentukan Allah. Kan kan kan?

So.. sampai jer bilik, kosong. Roommate aku membasuh kain. Kemas barang. Buang habuk, sawang segala bagai, bukak laptop, tekan job vacancy..klik, save borang… tak tahu nak isi bila. Pos apatah lagi… *kau sajakan nak penuhkan memori laptop kau tu kan Ct Z!*

Stress actually!
Zohor, makan, tidur, Asar, bukak balik laptop…taip muka buku. Klik. Stalker orang *itu hobi aku*.
Harghhhh!!!

(Stresss)

Telibishion..telibishion..aku nak telibishion. Nak tengok bola *Kelantan-lion kot*.
Aku nak tengok Korean verity show kat KBS tu.
Aku nak tengok Because it’s only you kat One TV tu *nyampah norr Soo-bin!*.

Argghhhh!!
Aku rindu katil baru aku.
Aku rindu bilik wangi aku. 
Aku rindu nak bukak peti ais yang penuh tu. 
Aku rindu. Aku rinduuuuu

Sudahlah. Jangan nak poyo sangat lah Ct Zu!..Dushhh..amik kau!


Thursday, July 4, 2013

Alkisah sebelum Khamis

Hari ni, jam-jam yang kulalui,
taklah menarik mana pun.
Sedikit penat dan selebihnya…..gembira. Tipu jer
Pagi mendung, tengahari hujan renyai-renyai menyimbah bumi, petang terik mentari menyinar…ceeewaah!

Cuma nak bagi tahu, ok.
Sepupu aku dari Kelantan datang bermalam kat rumah aku malam ni.

So?


Kan dah mention, sekadar nak bagitahu…hish!!


note: Malam semalam aku stalker classmate sekolah aku dulu. Tak semua, hanya insan terpilih. Sebab paginya, aku bermimpi someone yang aku memang malas nak ingat. Terus pagi aku jadi berang tah semena-mena....so something!!

Tuesday, July 2, 2013

TOL ...from

Baru-baru ni…tak, 2,3 hari lalu, lepas seminggu aktiviti mengecat bilik aku ni selesai, mulalah nak kemas-kemas barang yang dah usang dalam bilik ni. semak pulak aku tengok . Maklumlah, bilik dah lawa kenalah jaga baru clean and clear namanya..tak gitu?

Nak jadikan cerita, masa dok kemas buku2 lama, tetiba nampak satu album kecik comel lote. Mulalah tangan gatal nak buka. Tak banyak pun gambar, yang banyaknya gambar artis2 zaman lewat 90an-100an(pandai kau) tu pun gunting dari surat khabar, majalah. Satu dua dari pelekat botol..amik kau. Nasib botol tak leh lekat. Kalau tak memang bukan album dah jadinya!..

Ada erra fazira, ada abby abadi, norman hakim, jay chow, wang lee hom…sapa lagi..oOoo..ni grup paling aku suka F4 Taiwan mari yaa..pewwwiitt!..lepas tu aku selak..selak dan selak lagi, eh! Ada something yang membuat kepala otak aku ligat mengingatkan kembali, dari mana datangnya benda tu…the long story..hahahahaaaa


Ni dia bendanya…tarrraaa!

"the old letter"















First time dapat surat dalam bahasa Arab..ofcozz la aku dapat masa belajar kat SMUA aku tu…tak sure pulak sapa yang tulis, tapi aku tahu depa (depa?) tu senior aku. Ya depa. Sebab ramai norr, tu yang tak sure sapa punya tulisan. Masa tu pula aku tengah jawab exam, sempat gak la jenguk tingkap tu. Dorang mai lepak tempat geng aku lepak..dah tu kitorang main tinggal je buku2 kat situ. macam tempat tu, Datuk aku punya...Hehh!! Tulisan tu, Ermmm.. sangat comot tapi not bad la…huahaahaa..(macam kau punya tulisan cantik jer. Pandai ke tulis jawi?)....ermmmm...smile eeeee!


p/s: orang tu tanya aku (atau maybe bukan dituju untuk aku maybe someone yang duduk dengan aku..yap geng2 aku..maybe. just over thinking) fasal exam aku. semoga baik2 je sampai musim exam berakhir isnin depannya.. tu je. tak de unsur2 cintan cintun pun...! kecewalah tu..

Monday, July 1, 2013

"Don't Look Back ...

Ni cerita masa aku form 6…hajat memang aku malas nak sambung masuk sekolah balik.. maklumlah, aku start pakai baju seragam sekolah rendah sejak umur 6 tahun lagi. Bosan sudah….apakan daya, semuanya telah ditetapkan oleh Yang Kuasa. Alhamdulillah, rezeki aku murah sampaikan berjaya masuk Universiti dalam bidang yang tak pernah aku terfikir sama sekali akan kewujudannya….agak melampau statement ni. sila abai.

sekolah form 6 aku ni, orang kata sekolah budak2 gedik, sosial (aku dengar masa aku sekolah form3 dulu)..tapi sepanjang aku sekolah, aku tengok sama je budak2 nye dengan sekolah form3 aku tu..gedik2 malas, nasib pandai...maklum sekolah bestari. Guru2nyer la yang bestari. ada pangkat Dr. ada yang degre dari overseas...and so On la.. (tak de kerje ngumpat sekolah lama pula)

Guru sastera tradisional aku...

ni budak laki2 kelas aku...one of them sama Uni ngan aku.
apa2 pun, aku malas nak ulas pasal dia coz we're not too close..
hehhh
Bersama guru kelas aku..cikgu BM1,,ermmhh..kenapa aku
rasa ada yang tak kena dengan baju Putri Islam aku tu ek??



















Hope…my live, my luck, my world always shine and shine dan semoga tesis MA aku, dapat disiapkan dengan secepatnya dan jayanya...(napa aku rasa pic kat atas tu familiar? aku penah letak kat mana2 entri ke sebelu ni??)

story tamat sudah zaman remajaku~


pissttzz.... tajuk kat atas tu sempena "don't look back the legend of orpheus" yang tengah hangat kat TV KBS la ni...dan ofcoz la aku tengah layan....zuupppp!

Alam remaja

Rasa nak update cerita zaman muda-muda la pula…huahua. Adakah anda mula berasa dirimu tua wahai Ct Zu? Ohh! Hari lahir aku lambat lagi. Makanya, silalah beri aku peluang menikmati bulan-bulan terakhir sebelum tamat usiaku yang ke 24 tahun…wahhaahahaa (dah mula nak merepek)

Okay.. memandangkan tak de gambar zaman sekolah rendah aku (sungguh kesian), jadi aku nak mula dengan sekolah menengah. Aku mula belajar erti berdikari, bersahabat,  mengerti erti kesabaran dan seangkatannya di sekolah ni. Sek. Men. Ugama. Arab Al stiqamah, Badang. PCB. Kelantan..hehehee "Arab" boss. Tapi, tengoklah aku sekarang. Memang tak menjadi!


Sempat ambil kertas PMRU (Penilaian Menengah Rendah Ugama), dan dapatlah 4 A termasuk "nahu sorof" (tatabahasa arab), "Ilmak & Khat", "Tauhid & Feqah" satu lagi aku tak ingat pe..yang lain tu ada B,C & D..tak pandai mana pun. Tapi, masa ni memang aku dok gila nak masuk UIA atau belajar kat tanah Arab..nak jadi peguam Syariah..

masa ni..ada lawatan kat UIA.
Sapa dapat cari saya...seposen untuk dia. hahaa


Tapi, nak jadikan cerita kedua2 parent aku dapat tukar kat Selangor..dan perjalanan dari barat ke timur tu ambil masa dalam 5-8 jam susah pula dorang nak jenguk aku kan? So, ayah aku tukarkan aku kat Selangor. Ingat, dapat lah masuk sekolah agama..hampir sebulan duduk rumah tunggu keputusan dari JAIS, tak jadi apa…so ayah aku masukkan aku kat sekolah biasa aka SMK harian but ambil kelas aliran Arab (special la sikit). Tapi arab aku down gila masa PMR. aku punya BA dpt "D" sedangkan percubaan aku "A". jauh norr turunnyer..hancur luluh hatiku.sobb sobb.... INI mungkin sebab persekitaran..memang aku tak suka!!

Naik form 4, aku kena masuk kelas ERT (sebab sains tak layak huahuahu) tapi, semPat sebulan jer. Aku tukar masuk sekolah Teknik. Asalnya aku minta Pengurusan Makanan (ala2 ERT la kan) tapi terpesong jauh..dapat Kejuruteraan Elektrik&Elektronik kat Kuala Lipis..mak oiii..tempat tinggal warga original man kot..lepas berdiskusi panjang, aku pun pergi dengan harapan akan menjadi juruteknik elektrik memandangkan kaum hawa kurang dalam kerjaya tu..hehehe sungguh poyoss...!!! dushh, amik kau!

kad pelajar aku. Dah buruk..maklum la laminate jer... 
Memang best kat sekolah tu. Masa tu, aku belajar naik kereta api, balik ke Kelantan ramai2 ngan kengkawan, belajar bergaul dengan budak2 dari pelbagai negeri…pepepun yang penting aku dapat pegang perkakas elektrik dan menikmati keindahan bukit bukau sambil belajar…heh

Naik form 5, parent aku kata jauh sangat nak pantau aku (macam la aku ni nakal...sikit jer pun!!). So depa pun transfer aku kat Sek Tek. Teluk Intan. Sekolah pertanian. Huhhh…maka bermulalah era kejatuhan nilaian pelajaranku..elok2 add mate, fizik aku paras2 paha trus merudum bawah tapak kaki daaa..nak tu tak naik2 dok kat situ jer. Meter rosak! Serius, aku menyampah dengan budak kelas aku…kau bayangkan..hanya 6 orang wanita je dalam kelas aku tu. menggeletar badan aku 1st time masuk dalam kelas tu. dah tu, yang wanita2 tu, bukannya semua suka kitakan…tau la kita comel!!! (sakit hati pulak nak baca kan??)  Tension!!

gambar ni sebelum kitorang keluar prepp. berbaju kurung dan berkasut ye...
*bergambar dengan roomate aku..tu pun tak cukup*
"DAHLIA dalam hatiku"  
 
p/s: suka sangat time belajar kat smt KUALA LIPIS, budak voK hensem2 C..hehehe jadi malu pulak saya...J

Saturday, June 22, 2013

dreaming, scary and meaning last

Meh!! Aku sambung citer semalam. Maka bermulalah part 2…..

Mak aku wat don’t know jer..tenang je. Gitu jugak dengan orang yang ada kat situ..terus baca, baca dan baca ayat-ayat suci tu. Maybe sebab terasa ada orang yang tak bagi perhatian masa bacaan Yasin tu (yaapp aku lah tu), tetiba je arwah tu paling belakang dan renung aku. Aku buat-buat tak nampak. Terus mencari laluan bacaan yang betul. Salah baris, berdosa pula kan? Badan aku terus menggeletar sampai ke kepala aku lah sejuknya…memang nak bernafas pun alahaiii. Tetiba…aku tak tahu, macam mana, dan apa yang berlaku sebenarnya I’m not sure..sedar-sedar je aku kena tengking dengan arwah tu sambil orang ramai pegang jasad dia tu sebab macam dia nak mai terkam aku.. dan apa yang tak boleh lupa tu kata-kata arwah tu ermm lebih kurang gini


“dahulu kau cintakan kebenaran dan mengerjakannya. Tapi sekarang kau mula meninggalkannya, kerana cintakan yang lainnya”..ayat last aku tak sure. Sebab masa tu juga tok imam duk tenangkan orang ramai dengan arwah tu sekali. tok imam tu cakap “itulah, sebab berkat dari doanya hari-hari, jadi ditunjukkannya apa yang salah”

serius!!.. masa tu TUHAN saja yang tahu, apa yang aku rasa.. bingung, sesak, takut…then aku tersedar. Terus dalam hati aku merayu-rayu pada Allah, mohon maaf, ampun…badan aku kaku beberapa saat lepas terjaga, maybe  sebab takut sangat kan..dah reda tu aku capai henset tengok time..serius pukul 4 lebih kot…so, nak cakap apa? Memang dah pasang niat siang nanti aku nak tengok buku tafsir mimpi…ini perkara serius! Apa maksud mimpi tu? carilah sendiri k? but, just nak cakap, ianya betul-betul berlaku kat aku pagi semalam, bukan cerita rekaan semata-masa…bukan ye kengkawan..so have fun membacanya. Semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar dari mimpi ini. Mungkin ianya berlaku sebab, kebelakangan ni aku banyak lalai. Dan tahu jelah kalau dah lalai banyak dosa yang dilakukan tanpa kita sedar…bila dah sampai limit, kenalah bagi petunjuk. Alhamdulillah, moga aku masih disayangiNya. Korang juga...

story...TAMAT :)
#  mayat, jasad, arwah, "dia" dalam citer ni maksudnya sama jer. 


Selawat Munjiyah
dari gogle jer...