Tuesday, July 2, 2013

TOL ...from

Baru-baru ni…tak, 2,3 hari lalu, lepas seminggu aktiviti mengecat bilik aku ni selesai, mulalah nak kemas-kemas barang yang dah usang dalam bilik ni. semak pulak aku tengok . Maklumlah, bilik dah lawa kenalah jaga baru clean and clear namanya..tak gitu?

Nak jadikan cerita, masa dok kemas buku2 lama, tetiba nampak satu album kecik comel lote. Mulalah tangan gatal nak buka. Tak banyak pun gambar, yang banyaknya gambar artis2 zaman lewat 90an-100an(pandai kau) tu pun gunting dari surat khabar, majalah. Satu dua dari pelekat botol..amik kau. Nasib botol tak leh lekat. Kalau tak memang bukan album dah jadinya!..

Ada erra fazira, ada abby abadi, norman hakim, jay chow, wang lee hom…sapa lagi..oOoo..ni grup paling aku suka F4 Taiwan mari yaa..pewwwiitt!..lepas tu aku selak..selak dan selak lagi, eh! Ada something yang membuat kepala otak aku ligat mengingatkan kembali, dari mana datangnya benda tu…the long story..hahahahaaaa


Ni dia bendanya…tarrraaa!

"the old letter"















First time dapat surat dalam bahasa Arab..ofcozz la aku dapat masa belajar kat SMUA aku tu…tak sure pulak sapa yang tulis, tapi aku tahu depa (depa?) tu senior aku. Ya depa. Sebab ramai norr, tu yang tak sure sapa punya tulisan. Masa tu pula aku tengah jawab exam, sempat gak la jenguk tingkap tu. Dorang mai lepak tempat geng aku lepak..dah tu kitorang main tinggal je buku2 kat situ. macam tempat tu, Datuk aku punya...Hehh!! Tulisan tu, Ermmm.. sangat comot tapi not bad la…huahaahaa..(macam kau punya tulisan cantik jer. Pandai ke tulis jawi?)....ermmmm...smile eeeee!


p/s: orang tu tanya aku (atau maybe bukan dituju untuk aku maybe someone yang duduk dengan aku..yap geng2 aku..maybe. just over thinking) fasal exam aku. semoga baik2 je sampai musim exam berakhir isnin depannya.. tu je. tak de unsur2 cintan cintun pun...! kecewalah tu..