Wednesday, January 30, 2013

bila dia bertanya


?
?
beberapa hari yang lepas,
adik bongsu aku cakap pasal cita-cita..gulp..
dah habis dia membebel-bebel..kendia time dia bertanya
"kak, cita-cita kak apa?"
aku...gulp, sengeh....
"cepat la..."
"kak nak jadi manusia la"(jawapan bodoh)
"ala..memang la. kitakan dah jadi manusia"
hish!!...banyak songeh la budak sorang ni (monolog je)
"nak jadi manusia berjaya la mek weh..."
"ala...tak nak yang tu. nak jadi doktor ke, cikgu ke..yang tu la"
.
.
.
terus...perlu ke aku cakap cita-cita aku nak jadi engineer tapi tak jadi? atau peguam yang ditentang keras tu? atau pensyarah yang sekadar berangan2 kosong...ermmm.

aku manusia yang tak ada cita-cita, tapi punya impian...apa dia? biarla tersimpan dalam my heart...ceiii


Friday, January 25, 2013

1st love



Cer tengok tajuk tu…
Tak boleh bla kan??? Memang pun! Aku tahu tu. saja nak cakap, tetiba je aku terkenang 1st love aku…terus je aku terasa pening lalat. Rasa nak campak barang pun ada. Nak makan pun ada. Nak tidur lagi lah...(merepek lagi)..aku pening mengingatkan memori lepas. Tak la! Sebenarnya aku tak tahu yang mana satu 1st love aku. Yang tukah atau yang inikah? Yang penting dua2 nya terjadi zaman sekolah rendah dulu2..tapi orang kata, kalau kita suka atau cinta erm..maksudnya kalau ikut situasi aku ni..cinta monyet la. Haa kalau duduk ke, tertengok ke, terborak2 ke ..mesti de rasa getar-menggeletar kan. Serba serbi jadi tak betulkan?? Ye ker..ok kalau itulah cinta rasanya, maka 1st love aku tu si Fazli b. Kamarulzaman (cei nama penuh beb!). dia abang kawan adik aku…cop! Sebelum aku kenal dia, memang aku tak tahupun dia abang kawan adik aku. Dua tahun tua dari aku..yah!

Kitorang kenal secara tak sengaja. Kat library sekolah rendah tu. Bilik khas aka stor..huahuahua..macam mana pertemuan itu, panjang pulak aku nak tulis. Tapi jujur memori tu masih kuat melekat dalam kepala otak aku ni. Shut! Aku tak citer pun kat adik aku about my feeling ni. Shy kau!hahaha (menyampah pulak aku, guna2 BI bagai)…

Tapi, hahaha…memori sekadar memori. Nama juga cinta monyetkan? Sekarang ni masing2 punya kehidupan masing2..diapun dah selamat jadi suami orang dan ayah...jangan jgarang2 yer~ Wah~ dah tinggi lampai, bermisai dan berspek mata…nampak macam kuat belajar. Emm tak silap kerja dalam bidang farmasi..kelas la kan…hahaha..memang dia seorang yang bijak. Emmm…adik dia tak tahu la pulak aku. Maybe bakal akauntan kot…In Sya Allah…

Semoga kehidupan mereka diberkati dan dirahmati Allah serta dilimpahkan rezeki halal buat sekeluarga..Amin..

aku still kecewa. Pin yang si Fazli kasi khas untuk aku tu dah hilang..cittt aku syak budak laki kelas aku amik…syak je..tak tuduh pun..hahahaha.....

 pelikkan tetiba jer aku citer pasal cinta......hermmmm




Wednesday, January 23, 2013

miss U

banyak post?
haruslah! 
jiwa aku tak tenang ni
ala..lagipun dah berapa hari aku tak update Bloggu.
Cop! yang kau busy body ni kenapa. own your bisnezz jer..


okay-okay
just nak mention ni jer..
jap ek..ehehm a~a~aaa~ okay sep

aKu RinDu KaMu!!
wahai kamu! How ARE you?
kenapa aku kena rasa macam ni??
sedang kamu tak seperti yang ku lalui..
kamu sihir aku ya???



( sila jangan layan..Ct Zu sakit tua )





i MISS u, Umi
i miss u too, my coldwind


Penang

nak bersuka2 sangat pun...dah tak rasa apa dah. hati ni dah berkematu dengan rasa kecewa dan hampa. sedih bermakna gembira. gembiraku adalah tangisku, ketawaku adalah kenangan pahit buat ku...woahhh~

detik2 terakhir aku dengan mereka.


jambatan yang berdiri megah


umi sedang mengejar kami..bak paparazi
adakah sinar di sebalik senyum itu....?


Umi dan nenek, kami tinggalkan di Penang. sekarang, time to study and Umi harus berdepan dengan mid termnya...hopely, everything clear very well...we're always pray for Umi (pejamkan mata kalau salah grammar BI aku ni).... bye bye Umi ku!!

It's Okay


sebelum aku pulang ke kampung (maaf terlalu skema)
beberapa perkara yang memaksa aku untuk mendepaninya...huh!
sedihnya masih terasa hingga kini
entah kenapa nasib aku menjadi kesi$%$#4 (tetiba de no4)..hahaha gelak sikit wes!
pagi yang sepatutnya aku pulang, tak jadi
so aku plan nak pergi FBMK tersayang tu, konon nak settle pasal pelantikan.
siut..(maaf terlalu kasar) pancing aku tak kena. Dr idaman aku tu sibuk (maybe alasan je). kalau nak jumpa 22/1/13....masalahnya aku dah dok kat kampung ku tercinta ni. so aku balas, tak pa kita jumpa semester depan...Dr tu tak balas mesej aku (yah2! sibukkan!)......
petang aku tak putus asa, aku nak jumpa Dr lain plak.kali ni aku cadang 2,3, orang dalam list pencalonan...nah..dah berapa minit aku tunggu, dorang punya bayang pun tak da...dalam hati cisss!! dalam rasa hampa, aku melangkah menuju ke bas stop..dan..dan..dan..kereta Dr tu masuk dan terus memaking (sesuka hati kau)...aku dan kawan ni terus bergegas mengejarnya...sampai, aku ketuk aku masuk aku tengok dia tengah buka komputernya, khusyuk aku tetiba jadi menggelabah..mulut aku terbuka lalu terus meluahkan hasrat murni ku tu...

"sapa pengerusi awak?"
aku jawab
"erm..susah sikit, sebab biasanya Dr tu suruh saya semak projek budak2 dia. kalau saya jadi AJK awak, susah nak lantik penyemak projek. jadi saya tak boleh."
hah??? aku kena reject!!!!! bingung.
"apa tajuk awak? sebelum ni awak nak lantik sapa? kena awak nak lantik Dr tu?mesti awak ada alasan?"banyak pula soalan Dr ni...dalam hati aku..kalau dah tak nak terima aku, buat apa nak tanya soalan2 macam ni? nak pujuk? it's Okay....
last2 aku kena bom Dr ni..banyak siut!! gila tak hancur hati aku. rasa cam melayang je lepas keluar bilik dia...kira2 15 min jugak la dok dengar dia bom-bom aku...gwenchana!

then, aku pergi menagih dekat sorang Dr ni..PA aku sendiri..nak buat macam mana, Dr tadi siap call kata ada budak nak jumpa. tak cukup tu, suh terima aku....Woahhhhh~ kau tahu Bloggu! mungkin orang lain kata aku beruntung, but jauh dari sudut hati aku....ni lah penghinaan untuk aku sepanjang bergelar student..ermmm mybe standard aku tinggi...tapi entah la....

dah la geram dengan sorang dua  ni...time aku ajak,tak nak, tak sedia, tak de tajuk, kosong....tup2.(tak pe la, mcm tak pernah kena je sebelum2 ni) it's okay..Ct Zu kuat!!..huhhh~
aku malas nak bahas. walau kata2 dia de menyakitkan hati aku...it's okay Ct Zu kuat!! aku cerita kat adik aku, dia bagi aku pe kau tahu
"yang mu dok tunggu orang tu kenapa? cuba buat sendiri tak payah nak kisah orang lain. tengok, ada orang kisah pasal mu? kan dah terkena sendiri.tak jadi benda apa pun. cubalah belajar berdikari."..

aku telan satu2 kata tu..perit wes. mungkin aku dilahirkan sebagai seorang yang tidak mempunyai jati diri dan perlukan pendamping untuk menggerakkan aku....sebab..sebab..aku penakut!!!ya..aku, siti zuhaidah sorang yang penakut...Its Okay, kawan. kau tetap kawan baik aku. kau tak salah, yang bersalah tu aku. sebab terlalu berharap padamu...

now...aku sendiri, tanpa hati kananku, umiku. berfikir dan merenung. topik apa yang boleh aku kaji....

kesiankan aku ni Bloggu...??

Friday, January 11, 2013

semester pertama sebagai student MA


Memori sepanjang semester pertama sebagai pelajar Master ni…
 telah banyak mengajar aku untuk lebih membuka mata, hati dan perasaan.
Menerima dan menolak secara berpada-pada atau berlapik-lapik la kata orang (ye ke). Berubah demi diri sendiri.

jom tengok pe yang aku dah audit:

1.       Aku belajar berborak, bergurau (penah ke) dengan bebudak laki. Maybe hal biasa bagi org lain, tapi untuk aku ianya luar kebiasaanku. Banyak benda yang buat aku risau kalau terlalu terbuka dgn budak lelaki. Tak perlulah aku mention kat sini,

2.      Aku belajar membaca buku-buku ilmiah. Sejujurnya, aku bukanlah ulat buku seperti yang meke-meke ckpkan tu…so so something la korang ni.

3.      Aku belajar membaca fikiran org lain…siaplah korang.

4.      Aku belajar menjadi pendengar..yah walau tak berapa baik tapi boleh la bagi nasihat sikit2…

5.      Aku belajar menilai orang dan juga menilai diri aku sendiri.

6.      Aku mula belajar judge diri sendiri, dan mencabar diri..aku nak tengok setakat mana aku boleh lakukan..

7.      Aku sudah mula mahu menghantar koleksi puisi aku yang dah basi tu kat mana2 publication dan entah la…tak de pula feedback yang aku dapat…emm tak puitis kot..sabar je la

Dan banyak lagi la yang aku belajar…satu hal yang aku sendiri tak caya..yah tak caya…aku…….(suka hati korang lah nak pk apa)

Oh ya, semester ni aku giat juga menambah rakan…tak kisah la rakan reality atau alam siber. Yang satu ni, hadoi….gatal nor kau ct zu (motip?)..aku cari fasal berkawan dgn org foreigner. 

Haa..bukan org putih, org melayu from Brunei yg kaya2 tu…gila kau. Nak kawan yg kelas2 jer…memang tak sedar diri. Sajakan cari naya… penatlah aku menaip…layan je la gambar ni…

hari pertama, kelas pertama 



aku & Adda

masa ni 1st time gi DBP sejak bergelar pelajar MA
macam biasa, kamera Hp jer...

dah mula terasa bahang kepayahan pelajar master
WISATA: masing2 sibuk cari bahan untuk sorotan
 Tahun 2012, tahun yang bertuah buat aku. graduate from BA à sambung MASTER

lepas taklimat rehearsel konvo
dalam dewan besar...yah! graduate time!!!
sebahagian rakan MA









DBP: SAKAT

OKB (Orang Kota Bharu) punya program..makan2 je pun



NUMERA  punya program…kitorang jadi urusetia yang tek berapa nak setia..heh



MAHA di MAEP.....




masa dengar perbentangan proposal dari senior2 MA




 Petang tu, kami ke kebun buah…snap-snap masa nak balik kolej. Kenyang yang amat kau!












And the lastly….bergambar bersama bebudak kelas MA. Hari ni adalah kelas yang terakhir…kendian exam.

si fendi tukang ambil gambar.....aku saja pilih gambar ni biar dia tak terasa asing dikelilingi bebunga 












tamatlah cerita semester satu ku....

Tuesday, January 8, 2013

1001 kisah di hari yang cerah


Habis exam…
aku dan adda niat nak pergi Sogo, KL tu…
hari sabtu…
Pagi yang cerah, bikin mood aku baik punya woooOAAAaaa~


1001 cerita terjadi…sungguh hari yang cerah~

aku menjadi mangsa
penyeluk saku
ketika aktiviti bershopping ku baru bermula

tanpa disedari

tanpa meragui

tanpa tanpa tanpa

ketika aku mahu menghulurkan wang kepada Adda untuk membayar baju
"eh!! adda. beg duit ore! beg duit ore tak dok...hilang.."
"diar betul da. cer tengok molek-molek"
'henset aku! wah Alhamdulillah. Ada pun."
"tadi..tadi..kita dok mano?"
"haa takut tercicir kot kat kedai tudung tadi"
"jom!!"

aku dan adda patah balik ke kedai tudung..cari-cari tak ketemu jua beg ku. aku terus call adik aku Masturah. dia panik.(kesian dah la dia ada exam kul 2)...
"call umi la. ke mu takut?"
aku terus dail nombor ummi.serius aku tak panik pun.yah sebab macam tak caya benda yang berlaku ni...baru je beberapa minit (sebelum aku sedar dompet aku dicuri)..aku main, pusing2 tas tangan aku tu..alik-alik, zip dah terbuka luas...
umi suruh aku cari pondok polis...dan Alhamdulilllah selesai juga buat report...aku, buat muka redha. frust pun ada..mana tak nya, baru je nak start shopping...cisss!!! 



dalam senyum ada pahitnya...ku gagahkan jua
 time nak balik. muka lepas kena seluk saku....
 yah lepas aku buat report, aku teman adda shopping.kesian plak aku tengok dia..datang jauh2 tapi tak beli apa sebab kes aku niii...ku gagah kan jua hati dan langkah ku...Aouuuwww  sadisss~

lepas tu kami pulang dengan gelak yang aku buat2..singgah sembahyang di komuter Bank Negara. sebaik je selesai ambil wuduk, abang polis tu call aku. dompet aku dipulangkan. ada orang tua jumpa kat dalam tong sampah!!! YooOOoo agak2 la. dompet aku tu mahal kot!! duit semua lesap, ngan syiling2 sekali..but its ok.nasib  de RM75 hinggit je dalam dompet tu (kecewa tul si penyompet dapat dompet aku tu huaahuaahahaha)...


kepenatan..
sempat la borong maggi kat mydin tu..tambah stok makanan aku..
oh ye...lupa nak cerita, masa aku otwy nak keluar balai, ada la sekawan ni masuk..nampak macam pelajar..
yah sama juga dengan aku, mangsa seluk saku...aku suspek orang yang sama.. 
entah la~ dapat balik ke tak dompet budak tu...apa2 pun Alhamdulillah sangat. dompet ku kembali dengan selamat...banyak kad kot. kad siswa tu yang penting...nak masuk KFC n CRS (bajet2)

hati-hati bila ke JALAN TAR!! sama gak ngn JALAN MASJID INDIA.....penyeluk saku berleluasa...


FINAL exam kami


Minggu lepas aku
4/1/13 final exam…pagi dan petang
Nah tengok ragam bebudak ni

tension kan???

aDDA sUEZ je yang nampak cooL~
Bosan!! Siap main teka teki lagi U allZzz


Ila Faa tengah dengar adda baca teka teki
haiii...berat nampak kepala tu zana wes...
Ambooiiii~
sukanya dia

hah ni kak Faezah...org DBP
molek sikit duduk tu kak..
kak faezah tengah memerah otak nak jawab teka Adda
alahai~



last...masa balik, hujan lebat mencurah-curah. kami bertap di surau, solat Asar...... gembira, sedih, takut, kecewa pun ada...soalan master memang susah-susah. panjang plak tu...entah benda yang dia nak pun aku tak tahu....taram je laaaa...
tunggu je result...mintak okay semua.




Holiday peace YooOOo~ part 2


Sambung balik pasal Holiday aku..
Siang gi water park, ni malam kami
Naik cruise~
Nyaman siuttt..





  nak naik cruise tu pun kena beratur tau...
gambar aku bosan


cer tengok si kenit tu...hai cepuk kang..
bergaya lebih dari aku nii

sluttt sama nenek..nak join gak beratur.
padahal ada jer pondok tuk warga emas..
nenek aku wes!!!

tengah beratur tu, ada jugak orang potong Q..
cehh!! itulah orang Malaysia.kurang sabar..
dah terang tang tang tulis segini masih lagi...ai aiiii aiiiyoyooo


mak cikku yang bertugas di JAIM..

sexy nye belakang awak...wekkk!!
 sebabkan sebelum naik bot tu dah melaram, bateri kamera  sgt tenat masa dok dalam bot tu...ini je yang mampu tersnap...kesian




holiday peace yOooo~


Woooaaaa~
Pejam celik pejam celik hampir tiga minggu aku tak update blogguku..
Start aku mention nak pergi bercuti... pepepun, tak lah jauh mana pun aku bercuti.
Kat Malaysia jer…


yeee haaa..."selamat datang ke negeri MELAKA!!



                                first kitorang gi water park..tengah panas ceng ceng you alllzz

madihah and si kenit  hani
oittt!! kecik, napa tak pakai baju mandi tu??

time ni..dah puas mandi..kami mau pulang...
*changing pun changing la, janji ada gambar*

ni satu-satunya adik bujang kami...
debe napok!
apa??jambu...wueekkkkk



wehhh budak!! tepi lah..sabar je aku.