Saturday, June 22, 2013

dreaming, scary and meaning last

Meh!! Aku sambung citer semalam. Maka bermulalah part 2…..

Mak aku wat don’t know jer..tenang je. Gitu jugak dengan orang yang ada kat situ..terus baca, baca dan baca ayat-ayat suci tu. Maybe sebab terasa ada orang yang tak bagi perhatian masa bacaan Yasin tu (yaapp aku lah tu), tetiba je arwah tu paling belakang dan renung aku. Aku buat-buat tak nampak. Terus mencari laluan bacaan yang betul. Salah baris, berdosa pula kan? Badan aku terus menggeletar sampai ke kepala aku lah sejuknya…memang nak bernafas pun alahaiii. Tetiba…aku tak tahu, macam mana, dan apa yang berlaku sebenarnya I’m not sure..sedar-sedar je aku kena tengking dengan arwah tu sambil orang ramai pegang jasad dia tu sebab macam dia nak mai terkam aku.. dan apa yang tak boleh lupa tu kata-kata arwah tu ermm lebih kurang gini


“dahulu kau cintakan kebenaran dan mengerjakannya. Tapi sekarang kau mula meninggalkannya, kerana cintakan yang lainnya”..ayat last aku tak sure. Sebab masa tu juga tok imam duk tenangkan orang ramai dengan arwah tu sekali. tok imam tu cakap “itulah, sebab berkat dari doanya hari-hari, jadi ditunjukkannya apa yang salah”

serius!!.. masa tu TUHAN saja yang tahu, apa yang aku rasa.. bingung, sesak, takut…then aku tersedar. Terus dalam hati aku merayu-rayu pada Allah, mohon maaf, ampun…badan aku kaku beberapa saat lepas terjaga, maybe  sebab takut sangat kan..dah reda tu aku capai henset tengok time..serius pukul 4 lebih kot…so, nak cakap apa? Memang dah pasang niat siang nanti aku nak tengok buku tafsir mimpi…ini perkara serius! Apa maksud mimpi tu? carilah sendiri k? but, just nak cakap, ianya betul-betul berlaku kat aku pagi semalam, bukan cerita rekaan semata-masa…bukan ye kengkawan..so have fun membacanya. Semoga kita sama-sama mengambil ikhtibar dari mimpi ini. Mungkin ianya berlaku sebab, kebelakangan ni aku banyak lalai. Dan tahu jelah kalau dah lalai banyak dosa yang dilakukan tanpa kita sedar…bila dah sampai limit, kenalah bagi petunjuk. Alhamdulillah, moga aku masih disayangiNya. Korang juga...

story...TAMAT :)
#  mayat, jasad, arwah, "dia" dalam citer ni maksudnya sama jer. 


Selawat Munjiyah
dari gogle jer...