Dua tiga hari berlalu
Masalah dan kenangan masam masam manis di Kelantan masih terpalit..entah bila nak tanggal.
Bosan dan bisu.
Diam dan damai.
Pekak dan peluk. Itunya diimpikan buat masa sekarang.
(pelukan ibu aku harap maklum)
Sepi dalam jiwa. Otak sedikit bercelaru. Segala hal-hal perasaan
makin gersang. Entah la. Apa yang aku merepek pun belum jua ku pasti J
Satu yang pasti…dua tiga hari …perasaan mati sering
menghantui. Ya… aku mahu mati dalam keadaan bersih dan suci. Diingati kerana
jasa dan bakti. Bukan kerana perlakuan dan bangga diri. Dapatkah ?
Setiap orang punya hati dan keinginan diri. aku juga begitu...