Hari
ini, cuma ada satu kelas. Waktu pagi bermula 10 sampailah 1 petang. Sampai-
sampai je, kawanku bagitahu, kelas petang dibatalkan. Wow!! Tapi-tapi tugasan
akan diberikan. Jangan bermimpi lah Ct Zu nak duduk-duduk seronok dihujung
minggu. Sila ubah perangaimu.
Serius,
aku masih dalam proses menyesuaikan diri di sekeliling ku ini. Jika dulu, aku
terpaksa berkongsi bilikku dengan tiga orang roommate yang lain. Sekarang zaman
tu sudah berlalu. Aku ada seorang roommate je sekarang….seorang yang kurang
bercakap. Nampak macam pandai…yah! Sains pertanian. Setakat ni aku tengok dia
suka makan supliment. Banyak sangat. Tuannya kecik je tapi…okay..okay dia
memang menjaga pemakanannya. Nampak macam tak suka berkurung dalam bilik. Asyik-asyik
keluar. Aku? Emmm..aku pun apa lagi balas dendam lah bila dia ada dalam bilik,
aku tinggalkan dia sorang-sorang. Naik melepak dengan bebudak ni…sapa suruh
tinggalkan aku sorang-sorangJ (yang sebenarnya, aku takut duduk sorang)…sudah cukup disini.
D Sampai sekarang aku masih menunggu pelawaan dari roomateku
tu, ajak aku nonton TV bersama-samanya. Yang pasti, Astro tak de lah…….em aku
pun tak layan.