Thursday, April 24, 2014

PERCAYA



Aku belajar ini dari cerita Tokyo Dog atau Bloody Monday:

“tak boleh percaya pada kawan, tak boleh percaya pada bos, tak boleh percaya pada sesiapa walau ibu bapamu sekalipun…kerana satu saat waktu terdesak mereka juga akan menikammu. Hanya letak kepercayaan mu pada diri sendiri.. diri mu sendiri”

Tapi itu adalah kata-kata dari manusia yang punya akal tapi tidak punya keimanan. Sebagai Muslim (InsyaAllah Muslimah sejati)…tempat utama untuk kita letakkan kepercayaan adalah pada Sang Pencipta kita … Allahu Rabbi. Sepertimana rukun iman kita yang 6 tu!

Percaya/ beriman pada Tuhan Allah swt. InsyaAllah. Semoga aku bisa menjadi serikandi cintaMu ya Rabb …Amin



biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan biarkan...

say something fool like HIPOKRIT



“anybody that give u trouble is actually not your enemies and anybody that give u help is actually not your friend” *petik dari fb kawan*

Yap.. terpulang pada diri kita nak setuju atau tak. Terpulang. Sebab aku pun dah melalui atau lebih tepat merasakan hal ni bertahun dulu.

Slogan “friend forever” memang atau langsung tak melekat dalam hati. Mungkin sebab aku tak punya kawan yang betul atau sangat prihatin. Kalau Islamik sikit berkawan kerana Allah Taala :)   so sesuka hati aku lah nak bagi pandangan pasal friend forever ni kankankan..

Malas nak merapu lebih-lebih. Sebab fokus utama, nak cerita fasal hipokrit.
Tak faham dengan pandangan sesetengah insan baik. Asalnya mahu ku luahkan isi hati, atau lebih kepada rasa tak puas hatiku. Tapi bila kita luahkan kita dituding hipokrit! Palsu!

Ya mungkin benar aku di mata mu adalah palsu. Tapi salahkah untuk aku berterus terang perasaan yang berbuku dihati ni? Aku juga manusia biasa. Mungkin cara ku gunakan adalah tidak benar menurut mu. Tegas ku katakan di sini, bukan hanya kamu ku tujukan. Kerana bukan kamu saja yang menilai hidup ku begitu juga sebaliknya. 

Tak mengapalah, sebab kamu juga meminta Tuhan menjauhkan orang2 palsu seperti ku. Ku turut kemahuan itu. Ku berdiam tak bermakna ku takut padamu. Tak bermakna ku setuju dengan komenmu. Tak bermakna aku termalu sendiri. 

Berdiam dan tak ambil tahu mungkin last choice untuk orang seperti mu yang mungkin tak dapat menerima teguran orang lain. tapi tak bermakna kau seorang yang degil, keras hati..tidak begitu.. yah, kebenaran itu pahit untuk ditelan bukan? 

Sebab ku tahu kelemahan dan kelebihanmu (meskipun sedikit), ku ambil risiko meluah menggunakan laman sesawang kerna ku yakin kaukan membacanya..yah! jelas sudah kau membacanya..tapi sayang sikap mu itu seperti yang telah kujangkakan. Tak mengapalah. Aku juga lebih suka begini barangkali daripada memilih untuk hipokrit dengan hati ku sendiri. Kau juga punya teman keliling pinggang. Tak mengapalah. Asal jangan kau “tuduh”ku mahu rampas teman baikmu seperti yang pernah berlaku pada seseorang itu. Asalkan.. :)

hasratku mahu meluahkan perasaan, tapi ku dibalas dengan hipokrit. Mungkin benar katamu, Tuhan juga menjauhkanmu dari berdamping dengan ku. Satu saja mahu ku katakan, kau seorang teman yang baik, pendengar yang baik, dan pembahas yang terbaik.Sayang diriku bukan terbaik untuk mu.


Sunday, April 13, 2014

value

Salam untuk semua penilai!

Hari ni terasa terpanggil menconteng-conteng blog yang dah bersawang ini…kuikuikui
Nampak tak tajuk kat atas tu penilai2 semua..? so.. bende ni dah lama berkebuk dalam fikiran juga hatiku. Tinggal nak luahkan dan kat mana nak ku muntahkan segala macam permasalahan ni.. rasanya ruang wechatku  terlalu kecil J tuk ku jadikan dairy day atau bimbang hati2  lalat terasa…kebarangkalian tu ada ya!

Isunya tak la besar sangat. Cuma sekadar ingin meminta “tolong” *lebih enak begini* pada semua penilai2 hidupku supaya tidak melihatku dari kaca mata luaran *pakaian y barangkali sok2 alim* gitu. Telusurilah  hatiku dan kelakuanku dengan melihat pada stail perbuatan, percakapan, juga penulisanku juga.

Janganlah terlalu mudah melabelkan aku sebagai si alim, si santun, makhluk tuhan paling baik *saja tambah perisa*, si itu dan si ini hingga pada satu saat bila ku berkelakuan di luar jangkaan, persepsi terhadapku segalanya telah kalian ubah. Kerana terkeliru atau tak menyangka *si alim* rupa2nya plastik! Pura2 baik depan orang! Semuanya tentang aku adalah palsu! ... so, fikirkan dari sudut/ persepsi aku. Fair tak untuk aku dapat semua ni yang padahal itulah rupaku yang sebenar. Tak berubah pun …

Hanya kerana aku jarang bersuara tak bermakna aku tidak mempunyai pandanganku sendiri. Hanya kerana aku berdiam tak bermakna aku mudah menyetujui segala hal berbangkit. Hanya kerana aku sekadar melihat tak bermakna aku tak punya kekuatan tuk bersuara. Hanya kerana mukaku “terlihat” biasa tak bermakna aku takkan membantah.
Aku bukan makhluk yang sempurna J

Ya mungkin cara aku berbeda dengan penilai semua. Sukar ungkapkan yang tersirat secara lantang bersuara. Sebab ku punya “baran” yang mungkin penilai semua belum pernah lihat J padaku … simpan saja lebih bagus kali… kuikuikui

Face to face is better right if ada benda yang tak memuaskan hati kita. Tapi bagiku face to face ikut pada tempat, masa juga cara kita mendepaninya *maksudku orang itu*. kalau laut berangin, ombak kencang tak kan kita nak turun menjala masalah bukan? Silap2 masalah tak selesai maut malu yang ku tempah … boleh jadi bukan?

Jadi salah satu caranya, meluah guna teknologi siber. Lebih selamat, lebih banyak perencah kiasnya bisa ku gunakan. Angin pun sepoi2 je … addressed to anyone adalah stail penulisan ku. Tapi … sayang aku dituding sebagai palsu, plastik, sok2 alim, duri dalam daging. Orang segini kena berhati2, mohon dilindungi, mohon dijauhi, mohon segala raja mohon … JAHAT + PLASTIK sangat kot aku ni pada pandangan penilai2 itu … kebarangkalian itu ada!

Sampai bila harus begini? Padahal aku tak meminta untuk dicop sebagai itu dan ini. Sekadar menjadi diriku. Dan itu adalah diriku yang banyak kelemahan berbanding diri kalian. Yang banyak penilai melihat lebih berdiam berbanding berbicara. Yang banyak masam daripada manis … tapi masam lebih baik dari pahit. Bukan? Masam + garam + gula boleh lagi dimakan. Tapi pahit, tambahlah perisa apapun tetap pahit bukan ? cuma kelebihannya dapat jadi ubat atau boleh juga jadi racun … kebarangkalian itu juga ada.

Jadi ku minta jangan sewenang2nya melabel orang kalau diri belum cukup rapat dengannya … pesan ni juga pada diriku yang hina ini terkadang2 tersalah menilai. Pandangan mata tak selalu betul kan? Pandangan hati juga selalu terkeliru … jiwa bersih, hati bersih pandangan juga benar… tak gitu?