Sunday, April 13, 2014

value

Salam untuk semua penilai!

Hari ni terasa terpanggil menconteng-conteng blog yang dah bersawang ini…kuikuikui
Nampak tak tajuk kat atas tu penilai2 semua..? so.. bende ni dah lama berkebuk dalam fikiran juga hatiku. Tinggal nak luahkan dan kat mana nak ku muntahkan segala macam permasalahan ni.. rasanya ruang wechatku  terlalu kecil J tuk ku jadikan dairy day atau bimbang hati2  lalat terasa…kebarangkalian tu ada ya!

Isunya tak la besar sangat. Cuma sekadar ingin meminta “tolong” *lebih enak begini* pada semua penilai2 hidupku supaya tidak melihatku dari kaca mata luaran *pakaian y barangkali sok2 alim* gitu. Telusurilah  hatiku dan kelakuanku dengan melihat pada stail perbuatan, percakapan, juga penulisanku juga.

Janganlah terlalu mudah melabelkan aku sebagai si alim, si santun, makhluk tuhan paling baik *saja tambah perisa*, si itu dan si ini hingga pada satu saat bila ku berkelakuan di luar jangkaan, persepsi terhadapku segalanya telah kalian ubah. Kerana terkeliru atau tak menyangka *si alim* rupa2nya plastik! Pura2 baik depan orang! Semuanya tentang aku adalah palsu! ... so, fikirkan dari sudut/ persepsi aku. Fair tak untuk aku dapat semua ni yang padahal itulah rupaku yang sebenar. Tak berubah pun …

Hanya kerana aku jarang bersuara tak bermakna aku tidak mempunyai pandanganku sendiri. Hanya kerana aku berdiam tak bermakna aku mudah menyetujui segala hal berbangkit. Hanya kerana aku sekadar melihat tak bermakna aku tak punya kekuatan tuk bersuara. Hanya kerana mukaku “terlihat” biasa tak bermakna aku takkan membantah.
Aku bukan makhluk yang sempurna J

Ya mungkin cara aku berbeda dengan penilai semua. Sukar ungkapkan yang tersirat secara lantang bersuara. Sebab ku punya “baran” yang mungkin penilai semua belum pernah lihat J padaku … simpan saja lebih bagus kali… kuikuikui

Face to face is better right if ada benda yang tak memuaskan hati kita. Tapi bagiku face to face ikut pada tempat, masa juga cara kita mendepaninya *maksudku orang itu*. kalau laut berangin, ombak kencang tak kan kita nak turun menjala masalah bukan? Silap2 masalah tak selesai maut malu yang ku tempah … boleh jadi bukan?

Jadi salah satu caranya, meluah guna teknologi siber. Lebih selamat, lebih banyak perencah kiasnya bisa ku gunakan. Angin pun sepoi2 je … addressed to anyone adalah stail penulisan ku. Tapi … sayang aku dituding sebagai palsu, plastik, sok2 alim, duri dalam daging. Orang segini kena berhati2, mohon dilindungi, mohon dijauhi, mohon segala raja mohon … JAHAT + PLASTIK sangat kot aku ni pada pandangan penilai2 itu … kebarangkalian itu ada!

Sampai bila harus begini? Padahal aku tak meminta untuk dicop sebagai itu dan ini. Sekadar menjadi diriku. Dan itu adalah diriku yang banyak kelemahan berbanding diri kalian. Yang banyak penilai melihat lebih berdiam berbanding berbicara. Yang banyak masam daripada manis … tapi masam lebih baik dari pahit. Bukan? Masam + garam + gula boleh lagi dimakan. Tapi pahit, tambahlah perisa apapun tetap pahit bukan ? cuma kelebihannya dapat jadi ubat atau boleh juga jadi racun … kebarangkalian itu juga ada.

Jadi ku minta jangan sewenang2nya melabel orang kalau diri belum cukup rapat dengannya … pesan ni juga pada diriku yang hina ini terkadang2 tersalah menilai. Pandangan mata tak selalu betul kan? Pandangan hati juga selalu terkeliru … jiwa bersih, hati bersih pandangan juga benar… tak gitu?