“anybody that give u trouble is
actually not your enemies and anybody that give u help is actually not your
friend” *petik dari fb kawan*
Yap.. terpulang pada diri kita
nak setuju atau tak. Terpulang. Sebab aku pun dah melalui atau lebih tepat merasakan
hal ni bertahun dulu.
Slogan “friend forever” memang
atau langsung tak melekat dalam hati. Mungkin sebab aku tak punya kawan yang
betul atau sangat prihatin. Kalau Islamik sikit berkawan kerana Allah Taala :) so
sesuka hati aku lah nak bagi pandangan pasal friend forever ni kankankan..
Malas nak merapu lebih-lebih. Sebab
fokus utama, nak cerita fasal hipokrit.
Tak faham dengan pandangan
sesetengah insan baik. Asalnya mahu ku luahkan isi hati, atau lebih kepada rasa
tak puas hatiku. Tapi bila kita luahkan kita dituding hipokrit! Palsu!
Ya mungkin benar aku di mata mu
adalah palsu. Tapi salahkah untuk aku berterus terang perasaan yang berbuku
dihati ni? Aku juga manusia biasa. Mungkin cara ku gunakan adalah tidak benar
menurut mu. Tegas ku katakan di sini, bukan hanya kamu ku tujukan. Kerana bukan
kamu saja yang menilai hidup ku begitu juga sebaliknya.
Tak mengapalah, sebab kamu juga
meminta Tuhan menjauhkan orang2 palsu seperti ku. Ku turut kemahuan itu. Ku
berdiam tak bermakna ku takut padamu. Tak bermakna ku setuju dengan komenmu. Tak
bermakna aku termalu sendiri.
Berdiam dan tak ambil tahu
mungkin last choice untuk orang seperti mu yang mungkin tak dapat menerima
teguran orang lain. tapi tak bermakna kau seorang yang degil, keras hati..tidak
begitu.. yah, kebenaran itu pahit untuk ditelan bukan?
Sebab ku tahu kelemahan dan kelebihanmu (meskipun
sedikit), ku ambil risiko meluah menggunakan laman sesawang kerna ku yakin
kaukan membacanya..yah! jelas sudah kau membacanya..tapi sayang sikap mu itu
seperti yang telah kujangkakan. Tak mengapalah. Aku juga lebih suka begini
barangkali daripada memilih untuk hipokrit dengan hati ku sendiri. Kau juga
punya teman keliling pinggang. Tak mengapalah. Asal jangan kau “tuduh”ku mahu
rampas teman baikmu seperti yang pernah berlaku pada seseorang itu. Asalkan.. :)
hasratku mahu meluahkan
perasaan, tapi ku dibalas dengan hipokrit. Mungkin benar katamu, Tuhan juga
menjauhkanmu dari berdamping dengan ku. Satu saja mahu ku katakan, kau seorang
teman yang baik, pendengar yang baik, dan pembahas yang terbaik.Sayang diriku bukan terbaik untuk mu.