Assalamualaikum..
Rasa dah lama tak menulis dalam blog yang sederhana ni…ceiiiiwah!
Apapun, Alhamdulillah..syukur kerana diri ini masih lagi
diberi peluang menghirup oksigenNya dan berjalan-jalan di atas ranah buminya…semoga
diriku sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan..Amin
So..tahun 2015 ni, genaplah usia pengajian Masterku selama
tiga tahun..wow!! lamanya kan? Kadang bengang dengan diri sendiri sebab selalu
dan saja melengah-lengahkan masa yang tak lagi muda ini… ahh..malas berbicara
pasal tempo pengajianku ini.
Sepanjang hampir 6 tahun belajar di UPM ni, pelbagai onak
duri dalam perhubungan telah ku hadapi..ya ofcoz la perhubungan dengan sahabat². Malas
arghh..nak cerita pasal hati nan duka lara ni..ceiii dalam sangat kah lukanya??
Nantiiii..kan ku cerita kendian hari.
Sombong, bangga diri, bajet bagus, dan yang terbaru…EGO
antara kata² yang sering dilemparkan ke arahku…entah
sejahat manalah aku ni di mata mereka. Kadang terbangkit juga amarah diri
bilamana di hadapanku seolah tiada masalah antara kami.. namun siapa tahu dan
siapa sangka.. Rupanya ada rasa kurang enak pasal ku di benak juga hati mereka.
kadang hal² semacam inilah yang membuatkan aku rasa
tertekan lalu tesis ku terbiar tak terjamah…Tuhan maafkan ku kerana sering
melanggar amanah yang diberikan padaku..