Assalamualaikum semua…apa
khabar pagi anda? Hehehe saja nak berbasi²
… sebenar tak ada apa nak
dikongsi..
story mory pasal pagi ini pun
yeahhh cam lembab² basah gitu. Bak daun pokok
yang tertimpa hujan malam tadi (nak cakap kat sabak ni hujan loh)
Cuma awal pagi tadi, agak ada perang
manja² sikit.
Dengan sapa? Hahaha siapa lagi kat rumah ni yang berpasangan??ahak² ofcoz
la umi ku dengan abah. Yang sorang dok jek yang sorang balas la. Kes?? Yang sorang
tak puas hati kena buat banyak kerja, yang sorang dok main hp..kau agak sapa
yang dok main hp?? Hehhhh
Tetiba teringat iklan ceramah
Dato’ Fazilah Kamsah.ermm..lebih kurang gini la bunyinya.
“isteri berleter, itu adalah
hiburan buat dia….”
Ku kata kau…so insan² macho
kat luar tu. Harap jangan la mudah marah, naik angin tak semene, atau trus nak
cari lain kalau isteri kalian berbeber bak kata Umar Junus (tetiba pulak)..dah
memang sifat wanita yang bernama isteri macam gitu. Setiap ciptaan tu Tuhan dah
cipta dengan baik dan ada asbabnya yang tersendiri..tak gitu..hehh
Ok setakat tu je nak cite… ni
orang tuaku melawat waris meninggal. Aku tak ikut, sebab adik bongsuku mau
exam..nak teman dia la..yah! kakak yang baik lagi prihatin kan²
Oh!! Ada lagi tertinggal…tengah
dok soksek² (I mean tengah makan) tu, umi tadi sempat
pesan.
“tu la…umi mitok la anak umi
jumpa pasangan yang serasi, faham antara satu sama lain…sama² tolong
kalau yang tu ada kerja gak yang ni mari tolong…ringan la sikit beban”
Pas dengar tu aku terus tambah
nasi, buat² lapar (sememangnya aku tengah lapar pagi
tadi heh)
Emm..macam² la
babak pasangan dua sejoli ni. dekat² umur matang
ni, nampak macam budak² tengah bercinta pun ada….apa² pun,
sayangilah ibu bapa anda!! Cheeerrrr…banget loh ct zu!
Okay..sampai ketemu lagi ….
okay...saja nak request dengar lagu ni. ok laa kalau nak buat halwa telinga sekali sekala..asal jangan leka sampai ibadah tah kemana..ye tak?? ok selamat menikmati semua...