Sunday, March 10, 2013

kesian kan aku ni?


Argh!!!
Lama kot tak update… (perlu ker?)
Pepepun, pagi(time aku taip status ni) aku masih dok kat umah…sok InSya Allah pas zohor aku  bertolak ke UPM semula..

Nak luah sikit jer.. adik aku tengah kemaruk Ohh mungkin dilemma lebih sesuai kot ..(u know wat I mean kan?).. yah...cepat kan dapat pengganti. Biasalah..u look good, everyone wanna be ur friend right?? Not like me =_=

Sombong, berlagak pandai, pendiam…selalu tu je yang aku dapat. Huh!..malang sungguh.
Btw, maybe tak lama lagi aku dapat adik ipar..hah? aku? Apa boleh buat. Tak dapat di dunia, atas sana moga2 ada yang berkenan..heh tapi…..layak ker aku melangkah ke Syurga Mu ya Rahman???... insan macam aku ni, 5% pun belum layak … sungguh banyak dosa yang telah aku kumpul..hehhh..

Bila dia(adik aku) cerita bercerita meluah luahkan..segala kegusaran dihati..aku just dengar. Yah aku mana ada pengalaman..setakat pengalaman kaut dari movie Korean tu ada lah… hanya mampu dengar senyum dan fikiran aku menerawang…pi pi pipi ta ta taaaa..sampai ke Korea hehhh..CNU yang hensem,miliki senyuman yang manis..dan memang aku tak amik perhatian langsung dengan luahan2 tu..hehheheee jahat kan aku? Kakak apa lah. Tapi telinga still lagi tangkap butir2 kata dia.
Aigooo… bukan apa, aku takut cerita dia tu mengganggu jiwa aku. Kang tak pasal2 aku tak de mood nak study, keje nak kawin jerr..jawab kau.

Ohh..soalan2 ni sokmo la menerjah ke telinga aku..”mu bila lagi long? Takkan tak cari ka UPM tu? kang aku dulu baru tahu, aku tak kira dah ni?” aku senyum..satu soalan yang terus terang mengganggu gugat stamina study aku..pk benda ni buat aku rimas siut..but serius, aku pilih keluarga, bebanan yang akan aku tanggung, tanggungjawab aku, dan hutang aku pada kedua parent aku tu. aku banyak menyusahkan diorang..sepatutnya, dalam usia ni, aku dah boleh berdikari, cari power supply kat mana2 lubang. Support study aku ni…serius wes! Aku takut tak sempat nak balas segala pengorbanan diorang kat aku ni…(sedih tak?)

But, truly memang aku pun nak rasa macam mana, rasa apa, rupa bentuk apa cinta tu..tapi,…yah! Aku pilih family. Pas tu aku jawab “ tak pe lah, kalau mu nak dulu, aku ok jer. Banyak lagi aku kena fikir. Maklumlah anak sulung, tak leh pentingkan diri sangat”. Aku senyum puas meskipun…tertanya betul ke aku yang cakap gitu..wow amazing siut!!




#CNU..serius terpaut gila..

# kejam sungguh si pengganas Sulu..kejam lagi negara2 yang bersekutu sekongkol ngan diorang. berhati binatang, busuk, penuh hasad dengki..Malaysia! sila boikot produk diorang termasuk telemovie, segala bagai tu, musik apa sajalah...pokoknya depa ni sialan!....nampak tak aku tengah marah ni??