Alhamdulillah…
Sepanjang menjalani kehidupan
sebagai pelajar universiti, segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada juga
sedikit ranjau nan berduri terpaksa ditempuhi, tapi boleh dikatakan..aku
berjayalah merempuhnya. Tetiba, rasa takut nak melangkah ke depan. Rasa goyah tu terasa. Semangat berkobar
nak sambung belajar yang dulu kembang kini semakin layu ahh!! Macam mana aku
nak cakap ek…ibarat sebuah wallpaper yang baru saja ditukar ganti. Namun,
kerana terlalu kerap terdedah dengan panas mentari, warnanya semakin pudar
setiap hari tanpa berhenti meskipun baru diganti. Itulah tu, warna pudar tu
ibarat perasaan aku sekarang ni. Ceh!!! Mengapa aku terlalu mengikut perasaan
sedang jawapan pun belum kuterima. Layakkah aku bergelar pelajar sekali lagi
atau title penganggur masih belum dapat
kutanggalkan dalam diriku ini??? Sudah lah…..kau sengajakan nak mencelarukan
hatijiwaraga aku kan??!! Dasar kau!