Friday, May 4, 2012

tersedar atau terbangun


Hari ini aku bangun awal.
Tersangat awal.
Sekitar pukul 4.20 a.m.
Bukan bangun dengan rela hati, tapi sebab pancaran sinar lampu pendarfluor jiran sebarang
Fikir aku sudah subuh. Ku jeling jam di henset, kurang pasti. Beralih ke dinding. Nah! Tak salah lagi.
Sapa yang bangun pagi2 buta ni? Sedang aku membetul-betulkan bantal dengan berhajat menyambung kembali lena…tiba-tiba….dugungdugunggggg
Pintu terkuak dengan bukaan 1/3, setelah tombol dipulas lemah. Aku bangun, intai..
Loh!!apa kena dengan budak ni? Siap mandi2 segala…ngigau ke?
Lalu aku bertanya, wat time now ha?? (sila translate dalam BM)
Dia balas, pukul 4 lebih…tidur tidur da….
Aku..apa lagi. Orang dah suruh. Sambung la. Apa nak fikir lagi.
…..
Subuh aku bangun.
Aku tanya, “ puasa ke k.j?”
Dia jawab, “dok eh, k.j tok leh tidor pukur pak tadi…panah. Tu gi mandi tu”.
Ooooo….(sambil memuncungkan bibir)

Dalam hati,
Ada juga yang berani dekat aras ni…. Kalau aku..haishhh tak mampu nak bayang.