Terima kasih kepada mereka yang merasakan merekalah yang terbaik untuk ku…dalam konteks kawan. Memang permulaan agak lembap tapi kini ku tahu siapa yang harus ku pilih dan siapa yang harus ku jauhi tapi taklah sampai kena benci-membenci….tinggal-meninggalkan…EDA masih baik J
Aku senang, amarah ku cuma seketika..tapi jangan fikir aku tidak pernah kisah. Hipokrit??? Yah, sepanjang aku hidup, apa yang aku lihat dalam dunia persahabatan lebih banyak hipokritnya berbanding hidup di kelilingi musuh.
Talam??? Yah, talam dua muka….memang tak pernah lekang dalam persahabatan. Malah bagi aku..harus bersifat talam dua muka nak nak pada zaman serba di hujung jari ni…HARUS tau!! Agaknya, nenek moyang kita dulu dah basi dengan talam-talam ni…sebab tu terbitnya simpulan bahasa ni.
Kalau dulu, selalu juga aku cakap…”kalau tak puas hati cakap betul2 face tu face” sekarang malas aku nak guna…sebab??? Banyak lagi saluran lain selain guna mulut (aku tak suka FB)… be careful. tak semua benda dapat diluahkan tanpa menggunakan mulut pemberian Allah ni…INGAT!!!
Tempat yang aku tak suka luah-meluahkan perasaan ni haruslah dalam FB….tapi aku ni jenis fleksibel…kadang benda yang aku tak suka lah aku buat…KENAPA?? Haaa..tu alamatnya memang perkara tu dah tak boleh aku diamkan, pendamkan…nak nak dengan yang dah memang hantu FB…so..
Hari ni saja-saja..., tulisan aku ni tak ada kena dengan sesiapa pun…saja je nak tulis.sekurang2 dapat la mereka2 sahabat handai aku tahu siapa EDA yang sebenar…sebab telinga aku ni dah bosan dengar orang cakap aku ni sombong, berlagak pandai, bisu, macam bagus memilih kawan….
Hah tak kurang pula yang cakap aku ni…kaya, anak orang makan gaji macam tu lah mana nak pandang kita orang kampung…wah kau!!! Aku pun orang kampung tahu…orang kampung Teluk Chat (kalau tak silap).Wakaf Che Yeh tahuuu...AKU pun orang Kelantan juga bukan orang Siam!!memang lah aku ada sleng sikit..sebab aku bukan 100% timur. Aku timur+utara…hang pa tau apa!
sesuka hati jer
nilai aku sedemikian rupa....;(