Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.
Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim.(rujukan dari majalah dara.com edisi tak tau sebab mek tak salin dalam buku nota agama mek).
mungkin bagi hamba Allah tu, bila sorang sahabatnya(si A) berkata kepada sahabat yang lain(si B) tentang berdosanya pakai bonggol tu adalah alasan si A dengki akan kecantikan si B bergaya seperti itu, bagi mek adalah tak releven!!dah dalam hadith pun dah terang tantang amalan itu berdosa...dah tu mintak bukti pulak tu...emm nampak sangat.
bukan mek nak tunjuk alim ya sebab mek pun bukan orang alim..tapi biasalah sebagai hamba Allah yang tak terlepas dari buat dosa,kesilapankan..kena faham-faham la.cuma sebagai "orang berilmu tinggi" kena sentiasa peka dengan tutur kata...awak dah banyak ilmu,research pun belambak-lambak...em tak tahu lah nak cakap hehehehe
~kadang-kadang manusia sentiasa cari alasan untuk menolak kebenaran di depan mata mereka~