Wednesday, May 8, 2013

OMG...wat d' Bagindas


Siang tadi aku tengok cerita .. ermm I mean movie Indonesia..tetiba nak cari lagu yang menjadi sountrack citer ni…taraaaa dah jumpa..loh! band ni upanya…
Nah! Sapa nak layan, sila layan…dan sebaliknya..



bila dia bersuara


Minggu lepas, 3 mei 2013:
Untuk yang entah keberapa kalinya aku balik rumah. Tapi, minggu ni kepulanganku sangat dinantikan dan diwajibkan…sebabnya, yeaaa pertama kalinya aku nak melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia (new generation) membuang undi untuk PRU yang ke 13.. bab kata abahku “kalau tak balik, kuranglah satu undian…sayang tu!) nampak tak kat sini abah bermain-main dengan psikologi, semata nak menarik aku balik rumah..hermmm asalkan duit minyak balik, abah yang support. Dan aku, memang tak jadi masalah sebab bukan aku yang drive hehhhh.. melampaukan?

So, bukan benda ni yang aku nak cerita. Itu semua mukaddimah saja.. yang sebenarnya aku nak luah kan satu hal..ya satu hal yang rupa-rupanya membuatkan umi aku tak senang hati. Nak tahu apa dia? Haaaaa… jeng jeng jeng. Pasal siap ke belum proposal dan semua benda yang nak di present kan untuk semester depan..mampus (maaf agak kasar) aku. Memang elok je, aku masuk dapur konon nak jengukkan muka la. Mana tahu boleh tolong-tolong..nah! sekali dia (ermm mak aku k) tanya lebih kurang macam gini ayatnya

“Long, siap dah ke tesis tu. yang proposal tu?, kata nak present sem depan? Dah ready ke? Kalau ada yang susah nak dicari, bagitahu je la. Mana tahu, umi boleh tolong carikan (nampak tak mak aku sayang ama aku..heh)”. Aku buat muka selamba jer. Sambail balas cam gini

“hee…belum lagi, tak buat apa lagi. Maksudnya tak berkembang sangatlah. Tahu 2,3 minggu ni malas pula nak buat. Otak jem”

“Lah..umi bimbanglah dengan kak long ni. Buat la cepat-cepat. Siap cepat boleh start dah kajiannya”

O’oooo…habis masak aku kali ni…aku cover lagi..”ermm..Ct buat je, tapi sikit-sikit la. Ni pun tak jumpa lagi dr ct. nak masuk satu bulan dah ni. Dia busy (kata aku). Tu la hajat minggu ni dah nak start. Dah lama tinggal. Bahan ada tapi malas nak menaip….heee”

“umi, risau. Umi risau ni. Dah nak masuk bulan 6 dah. Sakgi umi nak masuk belajar. Memang umi tak cara dah. Umi nak fokus pelajaran umi la pula…buat lah. Jangan tangguh, jangan ikut kawan. Biar je diorang tu. buat hal kita. Ikut-ikut karang kita tak tahu mana”.

Aku senyap je..memang betul apa kata umi tu. hadoi…terkena sudah aku. Padan muka!

Hasilnya, malam ni. Aku baru nak susun-susun bahan yang aku collect kat pustaka tempoh hari..berserabut dah meja aku..bru hari ni. Semalam kemarin tah buat apa tah…tidur aja kau tahu.. nah! SEKIAN saja untuk kali ini. Daaa….

Monday, April 22, 2013

Cramp..

Hampir tiga minggu tak menulis..otak dah beku.
tangan plak cepat norr nak cramp..baru menaip 1 jam setengah dah keras...haiii yaaa.
tu berangan nak main piano, gitar drumm segala alat pancaragam tu...ada hati tak de jantung!
ct zuuu wake uppp...
wake upppp!!!

sila kembali ke alam nyata. kamu sudah ketinggalan. orang lain siap buat jurnal segala bagai daan U..U uuuu still sleeping beast..Oh apo nak di kato dah...

tengah blurr gini mula nah nak donlod lagu nasyid ala2 nak gi jihad tu...
"Marilahhh beramal...Ber amal kerana Allah..!"
hah..dengar tuuu..buat kerja kerana Allah bukan sebab nak siap cepat jerr... you you you...

sudah..tengkuk aku naik kematu plak...daaa!

 Yeahhh!..i'm not perfect.