Friday, June 7, 2013

The roller skates Story

Salam sejahtera…cewahh!

Ehemmm..tetiba jadi serak tekak ni. Kurang mineral gamaknye. Apapun…sebelum kita berbicara lebih lanjut, nak bagi tahu ni. tak lah penting tapi kena war-warkan juga. Takut ada yang tak tahu kendian harikan?..haaaa sebenarnya…
Aku dah balik rumah!!! Huahaaahhaaa..

Ok..serius kurang lawak. Senin hari tu aku decide nak balik rumah sampailah ke penghujung semester ni. I’m so tired fikir fasal fulus yang semakin berkurang. Lalu pulang ke kampung adalah cadangan yang tepat. Makan tidur semuanya freeeeee….kot!!.
Ok, nak jadikan cerita. Masa depa dok kalut nak amik aku kat kolej (sementara menunggu mak aku attend exam kat Shah Alam) kitorang ronda-ronda satu bangunan PKNS tu. Aku yang blurr tak tahu apa yang dorang dok cari, pun ikut sekalilah. Tengok abah keluar masuk keluar masuk kedai jual alat sukan..aku pun tanya si kecik hani (adik bongsuku)

“abah cari apa?”

Dia jawab “adalah! Mana boleh bagi tahu” dengan muka tersengeh.

Ciss budak nih!!. Sabar ct zu, sabar. Aku agak mesti barang si kecik ni. masakan dia nak berahsia-rahsia dengan aku. Kan aku ni kakak paling digemari..(angkat bakul pulak).

So, aku tanya another sister. “apa yang kita cuba buat ni?”
Entah yang mana satu yang jawab aku tak pasti (maklum ramai nor adiknye). “alah, nak cari kasut roda dialah” sambil memuncungkan mulut ke arah  si kecik hani..ceeeeii ada gaya tulis novel tak??? Ada kan? Kan? Kan?....waahhhhhhh…. hahaha

So, dua tiga hari dok berulang dari SekendißàShah Alam tu. selama tulah dok cari kasut tu. tak sangka pula susah nor nak cari benda alah tu. nah! Alik-alik, semalam berjaya jugak lah depa dok carinya, kat Sungai Besar juga…jiran sekampung jer. Cerrrrr

Ermmm…dah dapat, apa lagi setengah hari dok main kasut tu. dah lah rumah ni bermozek. Nasib bukan rumah aku.

Ni lah kasut nyer..yang kata tak nak tanggal, nak bawa tidur sekali..yoo oo jeeerrr

sisi depan

Tepi

Belakang


 Entah jenama apa tah ni??? susah nor nak membacanyer...

Wednesday, May 8, 2013

OMG...wat d' Bagindas


Siang tadi aku tengok cerita .. ermm I mean movie Indonesia..tetiba nak cari lagu yang menjadi sountrack citer ni…taraaaa dah jumpa..loh! band ni upanya…
Nah! Sapa nak layan, sila layan…dan sebaliknya..



bila dia bersuara


Minggu lepas, 3 mei 2013:
Untuk yang entah keberapa kalinya aku balik rumah. Tapi, minggu ni kepulanganku sangat dinantikan dan diwajibkan…sebabnya, yeaaa pertama kalinya aku nak melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia (new generation) membuang undi untuk PRU yang ke 13.. bab kata abahku “kalau tak balik, kuranglah satu undian…sayang tu!) nampak tak kat sini abah bermain-main dengan psikologi, semata nak menarik aku balik rumah..hermmm asalkan duit minyak balik, abah yang support. Dan aku, memang tak jadi masalah sebab bukan aku yang drive hehhhh.. melampaukan?

So, bukan benda ni yang aku nak cerita. Itu semua mukaddimah saja.. yang sebenarnya aku nak luah kan satu hal..ya satu hal yang rupa-rupanya membuatkan umi aku tak senang hati. Nak tahu apa dia? Haaaaa… jeng jeng jeng. Pasal siap ke belum proposal dan semua benda yang nak di present kan untuk semester depan..mampus (maaf agak kasar) aku. Memang elok je, aku masuk dapur konon nak jengukkan muka la. Mana tahu boleh tolong-tolong..nah! sekali dia (ermm mak aku k) tanya lebih kurang macam gini ayatnya

“Long, siap dah ke tesis tu. yang proposal tu?, kata nak present sem depan? Dah ready ke? Kalau ada yang susah nak dicari, bagitahu je la. Mana tahu, umi boleh tolong carikan (nampak tak mak aku sayang ama aku..heh)”. Aku buat muka selamba jer. Sambail balas cam gini

“hee…belum lagi, tak buat apa lagi. Maksudnya tak berkembang sangatlah. Tahu 2,3 minggu ni malas pula nak buat. Otak jem”

“Lah..umi bimbanglah dengan kak long ni. Buat la cepat-cepat. Siap cepat boleh start dah kajiannya”

O’oooo…habis masak aku kali ni…aku cover lagi..”ermm..Ct buat je, tapi sikit-sikit la. Ni pun tak jumpa lagi dr ct. nak masuk satu bulan dah ni. Dia busy (kata aku). Tu la hajat minggu ni dah nak start. Dah lama tinggal. Bahan ada tapi malas nak menaip….heee”

“umi, risau. Umi risau ni. Dah nak masuk bulan 6 dah. Sakgi umi nak masuk belajar. Memang umi tak cara dah. Umi nak fokus pelajaran umi la pula…buat lah. Jangan tangguh, jangan ikut kawan. Biar je diorang tu. buat hal kita. Ikut-ikut karang kita tak tahu mana”.

Aku senyap je..memang betul apa kata umi tu. hadoi…terkena sudah aku. Padan muka!

Hasilnya, malam ni. Aku baru nak susun-susun bahan yang aku collect kat pustaka tempoh hari..berserabut dah meja aku..bru hari ni. Semalam kemarin tah buat apa tah…tidur aja kau tahu.. nah! SEKIAN saja untuk kali ini. Daaa….