Saturday, December 3, 2011

Bila dia bertanya...

Bila seseorang bertanyakan tentang ciri2  lelaki yang didambakan...

~aku senyap~
~termenung, berfikir, haruskah  menjawabnya?~

Kemudian dia bertanya adakah aku belum berfikir tentang itu...

~aku senyum~
~lantas ku ketap bibirku, berfikir, memerhati sekeliling~

Dia kembali mengajukan pertanyaan..kali ini soalan yang menguji mindaku...
"Andai saya bertandang ke rumah, adakah awak mahu menerima saya"

~aku membisu lagi~
..................

Untuk yang bertanya:

~ciri2 itu sudah tergambar dalam dirimu~
~usah bimbang~

cuma...
~segala urusan telah ku serahkan kepada ibu bapaku...bagiku diri ini masih belum layak membuat keputusan~

Berdoalah kepada Sang Pencipta...moga dibukakan hati mereka untuk menerimamu....
dan
Bersabarlah....




LARANGAN tetap LARANGAN

Kadang2...bila nampak..aku berfikir...perlukah aku menegur atau membiarkan saja...
Kadang2...bila hati mengherdik2, jiwa meronta mahu menyampaikannya...tapi otak ku pula melarang...ya..kerana bimbang..bimbang mereka bilang aku sok2 tau..atau berlagak baik atau...terlebih suci...Ahh~ baru aku mengerti bertapa sukarnya untuk menyebar kebaikan daripada melakukan keburukan...

Kaum Hawa,
sudah diberitahu bahawa Kamu dilarang keras bersalaman dengan kaum Adam yang bukan mahram.
Bukan direka2 tetapi ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. :

"Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w tidak menyentuh tangan wanita, melainkan wanita yang beliau miliki( nikahnya atau telah mengahwininya)"
(diriwayatkan oleh Imam Bukhari )


"Jadilah seperti Ummahatul Mukminin yang paling bersih dan selamat dalam kaitannya dengan lelaki"


~aku juga turut berpesan kepada diriku sendiri sedaya upaya menjaga tatatertib ku dihadapan kaum Adam...bukan untuk menarik pandangan mereka tetapi menunjukkan keikhlasan dalam  menjalankan amanah....Semoga kalian mengerti~

Thursday, December 1, 2011

BBK 3408 2011 - UDA & DARA : COVER SONG (KALAU CINTA).wmv



uda & dara muzik video untuk tugasan ketiga...~KALAU CINTA~

terima kasih kepada semua yang terlibat...